Muhyiddin berduka pendaftaran PN dibatalkan – “Jangan salah guna kuasa, kedudukan….”

LocalPolitics
20 Oct 2026 • 5:32 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin meluahkan rasa dukacita susulan keputusan pembatalan pendaftaran Perikatan Nasional (PN), hari ini.

Beliau yang juga pengasas gabungan berkenaan berkata, perkembangan itu seharusnya menjadi pengajaran kepada mana-mana pemimpin parti gabungan supaya sentiasa berlaku adil terhadap semua parti komponen.

Menurutnya, setiap keputusan dan tindakan dalam sesebuah gabungan politik perlu berlandaskan perlembagaan parti serta mematuhi peruntukan Akta Pertubuhan 1966.

Sudah tiba masa Muhyiddin berundur

Beliau turut mengingatkan pemimpin agar tidak menggunakan kedudukan dan kuasa untuk mengutamakan kepentingan parti atau kumpulan tertentu sehingga menjejaskan tujuan asal penubuhan gabungan.

“Jangan salah guna kuasa dan kedudukan dalam parti gabungan semata-mata untuk kepentingan parti atau kelompok tertentu sehingga menyebabkan parti gabungan tergelincir daripada tujuan dan matlamat asal penubuhannya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

BERSATU dakwa PN menyimpang daripada dasar perjuangan - Muhyiddin | Awani

Dalam pada itu, Muhyiddin memaklumkan bahawa beliau akan mengadakan perbincangan bersama kepimpinan Bersatu menerusi Mesyuarat Biro Politik Khas pada malam ini.

Pertemuan tersebut bertujuan membincangkan langkah seterusnya yang akan diambil parti susulan perkembangan terbaharu membabitkan PN.

Sumber: FB Muhyiddin Yassin

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved