Muhyiddin Dilepas & Dibebaskan Daripada 4 Pertuduhan Babit RM200 Juta, Masih Berdepan 3 Kes Jana Wibawa

LocalPolitics
15 Sep 2026 • 3:41 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi daripada empat pertuduhan membabitkan jumlah keseluruhan RM200 juta.

Keputusan itu dibuat selepas pihak pendakwaan memohon supaya satu pertuduhan menggunakan kedudukan untuk mendapatkan suapan RM200 juta serta tiga pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama tidak diteruskan.

Advertisement
View this post on Instagram

Hakim Noor Ruwena Md Nurdin membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Ahmad Akram Gharib mengikut Seksyen 254(1) Kanun Tatacara Jenayah.

“Sehubungan itu, mahkamah melepas dan membebaskan tertuduh untuk empat pertuduhan itu.”

Sebelum ini, Muhyiddin, 79, didakwa menggunakan kedudukannya ketika menjadi Perdana Menteri dan Presiden BERSATU untuk mendapatkan suapan RM200 juta bagi parti tersebut daripada Bukhary Equity Sdn Bhd berkaitan Projek Jana Wibawa.

Kesalahan itu didakwa berlaku di Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra, Putrajaya antara 1 Mac 2020 hingga 20 Ogos 2021.

Beliau turut berdepan tiga pertuduhan menerima wang hasil aktiviti haram berjumlah RM200 juta daripada syarikat sama yang dimasukkan ke dalam akaun AmBank dan CIMB Bank milik BERSATU antara Februari 2021 hingga Julai 2022.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Pagoh itu masih berdepan tiga pertuduhan lain berkaitan Projek Jana Wibawa.

Pertuduhan tersebut melibatkan dakwaan menggunakan kedudukan untuk mendapatkan suapan berjumlah RM25.3 juta bagi BERSATU daripada Nepturis Sdn Bhd, Mamfor Sdn Bhd, KCJ Engineering Sdn Bhd serta Azman.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

sfa2026-09-15 10:32:33

Tular Tendang Anak Perempuan Di Restoran, Lelaki 40-an Serah Diri Kepada Polis

The post Muhyiddin Dilepas & Dibebaskan Daripada 4 Pertuduhan Babit RM200 Juta, Masih Berdepan 3 Kes Jana Wibawa first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved