Muhyiddin dirawat di hospital akibat jangkitan kuman

LocalHealth & Fitness
29 Aug 2025 • 9:47 AM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR - Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan sedang menerima rawatan di hospital akibat jangkitan kuman, sejak Khamis lalu.

Difahamkan beliau sedang dirawat di Hospital Pantai, di sini, sejak Khamis lepas.

Dalam pada itu, sumber memberitahu, Ahi Parlimen Pagoh itu dirawat di hospital kerana mengalami demam.

Menurutnya, bekas Perdana Menteri itu dijangka keluar dari hospital dalam masa terdekat.

“Beliau masuk pada Khamis lepas dan akan keluar dalam masa terdekat.

“Mungkin hari ini atau esok bergantung kepada nasihat doktor,’’ katanya.

Beliau bagaimanapun enggan berkongsi maklumat lanjut. - 9 Ogos, 2025