“Muka Nampak Sombong Tapi..” – Ramai Puji, Peminat Mengaku Lee Soohyuk Antara Artis Korea Paling Baik Pernah Datang Malaysia

LocalEntertainment
17 Jul 2025 • 11:02 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Kali pertama datang ke Malaysia, ketibaan Lee Soo-hyuk telah meriah disambut peminat!

Pada 16 Julai semalam, Lee Soo-hyuk telah tiba di Malaysia bagi membuat penampilan istimewa untuk acara Samsung Galaxy Unfolds, mempromosikan model telefon terbaru iaitu Galaxy Z Fold 7 dan Galaxy Z Flip 7.

Meskipun ada ramai peminat yang berkerumun bagi berpeluang untuk melihat pelakon itu dengan jarak yang lebih dekat, Lee Soo-hyuk tetap cuba memberikan fan service terbaik buat semua yang hadir.

Melihat video yang dikongsi, ramai rata-rata memuji sikap Lee Soo-hyuk dan mengaku bahawa dia antara selebriti Korea yang paling ramah dan baik dengan peminat di sini.

Antara komen yang ditulis,

  • Mesra je rupanya, muka dia nampak sombong hehe.
  • Mesti dia akan datang Malaysia lagi lepas ni sebab ramai peminat dia kat sini.
  • Banyak artis Korea dah datang, dia yang paling rendah diri dengan peminat.
  • Artis lain banyak muka ketat, dia muka tak lekang senyuman.

Haa popular tau Lee Soo-hyuk kat sini!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved