“Muka ori ni”- [VIDEO] Agong & Raja Permaisuri Mencemar Duli Turun Sendiri Untuk Cop Pasport

10 Sep 2023 • 11:36 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kembara Kenali Borneo yang melibatkan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong yang kini telah memasuki hari kelapan semakin meriah apabila semalam, tular di media sosial gelagat Agong dan Raja Permaisuri yang berkenan turun dari kenderaan mereka untuk menyerahkan sendiri pasport sebelum memasuki Sarawak.

Menerusi Instagram rasmi Istana Negara, Seri Paduka Baginda berdua berbuat demikian di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Sungai Tujuh, Miri, Sarawak.

image is not available

Ini kerana difahamkan, sebelum itu, baginda berada di Brunei Darussalam selama sehari.

Gelagat Agong dan Raja Permaisuri tersebut telah menghiburkan ramai netizen apabila video baginda berdua menyantuni pegawai imigresen tular di media sosial.

Dalam video yang berdurasi selama 33 saat itu, dapat dilihat Raja Permaisuri menyerahkan sendiri pasport baginda kepada pegawai imigresen manakala Agong pula sempat bergurau dengan pegawai tersebut.

“Haa tengok muka saya ini. Betul tak? Muka original ya,” titah baginda.

Comel je kan, seronok la orang Sarawak dapat jumpa Agong dan Raja Permaisuri pulak kali ni.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.