Muktamar: Muhammad Sanusi tegur Pas Perlis, henti berkelahi

LocalPolitics
5 Sep 2026 • 1:51 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Muktamar: Muhammad Sanusi tegur Pas Perlis, henti berkelahi

KOTA BHARU: Pengarah Pilihan Raya Pas, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor menegur dan meminta semua pihak di Perlis menghentikan pertelingkahan seterusnya tidak lagi mengulangi konflik yang berlaku sebelum ini.

Beliau berkata, nasihat supaya tidak terus berbalah sudah disampaikan kepada rakyat di negeri itu, namun pertelingkahan yang berlaku selepas itu menjadi lebih teruk.

“Saya habaq (beritahu) kat orang Perlis jangan berkelahi, balik-balik berkelahi teruk lagi.

“Cukuplah setakat tu, hampa (kamu) ni ketegaq (degil). Hak orang larang tu hampa buat dulu. Tak ada siapa dah nak pergi berubat, hampa berubatlah diri hampa sendiri,” katanya semasa penggulungan Ucapan Dasar Presiden Pas sempena Muktamar Tahunan Pas Ke-72 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik), Pengkalan Chepa, di sini hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, desakan Pemuda Pas Perlis semasa ucaptama bsempena Muktamar Tahunan Dewan Pemuda Pas Pusat Kali Ke-67, yang menggesa agar pucuk pimpinan Pas dan PN mempertimbang tindakan tegas terhadap Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah berikutan didakwa semakin mencalarkan imej gabungan itu di negeri ini.

Perwakilannya, Ali Na’imi Ahmad Azizi berkata, perkara itu perlu diberi perhatian serius kerana Perlis ditadbir kerajaan PN bersama Pas, namun wakil rakyat daripada Pas didakwa dilayan seperti pembangkang.

Katanya, kerajaan negeri turut didakwa mengambil tindakan terhadap beberapa lantikan politik daripada Pas, termasuk Ahli Majlis Perbandaran Negeri Perlis (MPNPs).

Abu Bakar bagaimanapun dilaporkan berkata, pentadbiran negeri ini sentiasa bergerak atas semangat setiakawan PN malah setiap keputusan dasar diputuskan secara bersama melalui Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri (MMKN). – UTUSAN

The post Muktamar: Muhammad Sanusi tegur Pas Perlis, henti berkelahi appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved