PRN Melaka: Rundingan PN-BN masih berjalan

LocalPolitics
23 Aug 2026 • 6:53 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: PRN Melaka: Rundingan PN-BN masih berjalan

BATU PAHAT – Rundingan kerjasama dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke 16 antara Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) masih berjalan dan dijangka akan dapat diputuskan tidak lama lagi.

Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, semua faktor perlu dipertimbangkan dalam rundingan bersama Barisan Nasional (BN) yang kini masih berlangsung.

Katanya, jasa dan peranan Pas pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor serta Negeri Sembilan perlu diambil kira dalam kerjasama PN dan BN ini.

“Semua kena ambil kira, semua kena ambil kira. Kedudukan dengan BN kita kena ambil kira. Ada peranan masing-masing.

“Rundingan terus berjalan sehingga hari ini. Alhamdulilah setakat ini segalanya positif,” katanya pada Konvesyan Pas Johor di Dewan Muafakat Ayer Hitam di sini, hari ini

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada jasa Pas di Johor dan Negeri Sembilan perlu menjadi pertimbangan dalam kerjasama BN- PN pada PRN Melaka.

Untuk rekod, BN dan PN menjalinkan persefahaman dalam PRN Negeri Sembilan pada 1 Ogos lalu yang menyaksikan gabungan itu berjaya membentuk kerajaan selepas memenangi 25 daripada 36 kerusi DUN.- KOSMO! ONLINE

The post PRN Melaka: Rundingan PN-BN masih berjalan appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved