Murid maut sesak nafas di sekolah: JPN Selangor beri kerjasama penuh

20 Oct 2026 • 8:28 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Murid maut sesak nafas di sekolah: JPN Selangor beri kerjasama penuh
Derma Damiya Nur Mikayla, 7, mengalami kesukaran bernafas ketika berada di dalam kelas di sebuah sekolah di Dengkil sebelum disahkan meninggal dunia pada Isnin.

SHAH ALAM - Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor akan memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa bagi membantu siasatan berhubung kematian seorang murid perempuan Tahun Satu yang mengalami kesukaran bernafas di sebuah sekolah di Dengkil, pada Isnin.

Kenyataan JPN Selangor pada Selasa memaklumkan murid itu dilaporkan mengalami kesukaran bernafas di sekolah sebelum dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

"JPN Selangor merakamkan ucapan takziah dan rasa dukacita kepada keluarga murid berkenaan.

"Pada masa sama, JPN Selangor akan memastikan kebajikan keluarga murid berkenaan diberikan perhatian sewajarnya termasuk bantuan dan sokongan psikososial mengikut keperluan,” menurut kenyataan itu.

Menurut JPN Selangor, pihaknya juga akan memastikan kebajikan dan kesejahteraan warga sekolah yang terkesan akibat insiden itu diberikan perhatian sewajarnya.

"Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat yang belum disahkan berhubung kejadian itu.

"Semua pihak diminta menghormati privasi keluarga serta memberikan ruang kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan,” menurut kenyataan itu.

Terdahulu, polis mengesahkan murid berkenaan mengalami kesukaran bernafas ketika berada di dalam kelas di sebuah sekolah di Dengkil sebelum disahkan meninggal dunia pada Isnin. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved