Hanya satu lokasi di Malaysia catat IPU tahap baik

LocalEnvironment
14 Oct 2026 • 6:56 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Hanya satu lokasi di Malaysia catat IPU tahap baik

PETALING JAYA– Langkawi, Kedah menjadi satu-satunya lokasi di Malaysia yang merekodkan kualiti udara pada tahap baik ketika 26 stesen pemantauan mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat petang ini.

Berdasarkan paparan Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara (APIMS) Jabatan Alam Sekitar (JAS), setakat pukul 6.38 petang ini, hanya satu daripada 68 stesen pemantauan merekodkan bacaan IPU pada tahap baik.

Langkawi mencatatkan bacaan IPU 50, manakala 41 stesen berada pada tahap sederhana dengan bacaan antara 51 hingga 100.

Sebanyak 26 stesen pula merekodkan IPU tidak sihat, iaitu antara 101 hingga 200, manakala tiada lokasi mencatatkan tahap sangat tidak sihat atau berbahaya.

Antara lokasi yang merekodkan bacaan IPU tertinggi ialah Pasir Gudang, Johor dengan 184, diikuti Larkin, Johor (183), Klang, Selangor (182) dan Johan Setia, Selangor (180).

Nilai, Negeri Sembilan turut mencatatkan bacaan 179, diikuti Bukit Rambai, Melaka (175), Cheras, Kuala Lumpur (173) dan Pengerang, Johor (172).

Putrajaya dan Bandaraya Melaka masing-masing merekodkan bacaan IPU 170, manakala Port Dickson, Negeri Sembilan mencatatkan 169 dan Shah Alam, Selangor (168).

Keadaan itu menunjukkan pencemaran udara masih membimbangkan di beberapa kawasan, khususnya di Johor, Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Melaka.

Orang ramai, terutama kanak-kanak, warga emas serta individu yang mempunyai penyakit pernafasan, dinasihatkan mengurangkan aktiviti fizikal di luar bangunan apabila bacaan IPU berada pada tahap tidak sihat.

Orang ramai juga boleh menyemak perkembangan semasa kualiti udara menerusi portal rasmi APIMS JAS bagi mendapatkan bacaan terkini di kawasan masing-masing.- KOSMO! ONLINE

The post Hanya satu lokasi di Malaysia catat IPU tahap baik appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved