Nadir Al-Nuri bersyukur bertemu dengan adik -“Baru ingat dapat bahagian pusaka lebih sikit”

LocalPolitics
6 Oct 2025 • 10:44 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Aktivis kemanusiaan, Nadir Al-Nuri bersyukur dapat bertemu semula dengan adiknya Musa Al-Nuwayri di Istanbul selepas delegasi Malaysia dibebaskan daripada tahanan rejim Zionis.

Nadir Al-Nuri berpelukan dengan Musa Al-Nuwayri

Menerusi hantaran yang dikongsi oleh Nadir di media sosial, beliau meluahkan rasa syukur apabila dapat berpelukan dengan adiknya yang juga pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Cinta Salam Malaysia (CSM).

Dalam hantaran tersebut, Nadir yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia merangkap Ketua pengarah bagi sayap rantau Asia Tenggara, Sumud Nusantara dilihat tersenyum sambil berpelukan dengan adiknya dan sempat berseloroh di ruangan kapsyen menyatakan rasa tidak puas hati melihat perubahan fizikal Musa.

“Satu je masalah saya tak puas hati, kenapa dia turun sampai dekat 10kg, saya turun dalam 3-4kg je?” tulisnya.

image is not available

Nadir Al-Nuri sempat seloroh tentang berat badan & pusaka

Beliau juga bergurau mengatakan baru sahaja berangan-angan mendapat bahagian pusaka lebih sedikit, namun semua itu sekadar hiburan bagi menceriakan suasana.

“Oh lagi satu, hmmm baru ingat nak dapat bahagian pusaka lebih sikit,” tulisnya lagi.

Gurau adik-beradik lain macam

Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian ramai yang rata-rata turut menzahirkan rasa syukur melihat adik-beradik yang cukup berwibawa ini kembali bertemu dalam keadaan selamat.

Mereka juga terhibur dengan gurauan aktivis terbabit dan mendoakan supaya mereka kembali ke Tanah Air dalam keadaan selamat.

image is not available

 

Syukur semua selamat

image is not available

Tak menahan kapsyen Tuan Nadir

image is not available

 

Sekadar info, Musa Al-Nuwayri telah ditahan oleh tentera Zionis selepas kapal yang dinaikinya dipintas sewaktu sedang menuju ke Gaza bagi melaksanakan misi kemanusiaan bersama GSF.

Manakala, Nadir Al-Nuri berada di kapal pemerhati dan tidak memasuki zon merah kerana bertanggungjawab memantau, merekod dan melaporkan setiap perkembangan flotilla kepada pusat operasi antarabangsa.

Kapal yang dinaikinya juga tidak membawa bantuan fizikal, sebaliknya berfungsi sebagai ‘mata dan telinga’ misi kemanusiaan, memastikan setiap tindakan terhadap sukarelawan direkod dengan tepat serta menjadi saksi bebas sekiranya berlaku pelanggaran undang-undang atau kekerasan oleh pihak rejim.

Sumber: Instagram nadiralnuri