Nafuzi tampil jelaskan hal sebenar, bukan kritik MFL

LocalFootball
14 Sep 2026 • 3:19 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Nafuzi tampil jelaskan hal sebenar, bukan kritik MFL

 

PETALING JAYA – Penundaan aksi pertama Piala FA menentang DPMM FC yang sepatutnya berlangsung 1 September lalu menjadikan jadual Terengganu makin padat kerana terpaksa ke Brunei dua kali dalam tempoh kurang dua minggu.

Bagaimanapun pengendali Terengganu, Nafuzi Zain berkata, penundaan itu adalah jalan terbaik kerana faktor cuaca berjerebu dan anggap situasi itu adalah cabaran yang terpaksa dilalui pasukannya.

Nafuzi menjelaskan, kenyataannya selepas aksi Liga Super menentang Star City FC di Kangar, Sabtu lalu tidak bermaksud mengkritik penjadualan pertandingan yang disediakan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) sebaliknya menjurus kepada situasi yang terpaksa dihadapi pasukannya susulan perjalanan ke Brunei sebanyak dua kali.

“Saya faham dalam bola sepak, perjalanan dan jadual yang padat adalah sebahagian daripada cabaran yang perlu dihadapi oleh setiap pasukan. Dalam kes kami, keadaan menjadi lebih mencabar kerana perlawanan Piala FA terpaksa ditunda atas faktor jerebu yang sememangnya di luar kawalan mana-mana pihak.

“Apabila perlawanan itu dijadualkan semula, kami perlu melakukan perjalanan ke Brunei sekali lagi dan selepas itu terus membuat persiapan untuk perlawanan di Perlis (menentang Star City).

“Jadi itulah yang saya maksudkan apabila saya menyebut pemain penat. Saya ingin jelaskan bahawa saya tidak mengkritik atau mempertikaikan penjadualan yang dikeluarkan oleh MFL kerana kita faham penundaan perlawanan akibat jerebu menyebabkan kami terpaksa mengharungi perjalanan yang panjang.

“Saya hanya menjelaskan keadaan fizikal pemain TFC selepas melalui perjalanan tersebut,” katanya.

Aksi pertama pusingan 16 Piala FA itu dilangsungkan semula di Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Rabu lalu dan Terengganu memperoleh kemenangan 3-2 sebelum mengharungi perlawanan timbal balik di tempat sendiri, Rabu ini. – KOSMO! ONLINE

The post Nafuzi tampil jelaskan hal sebenar, bukan kritik MFL appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved