Liga Super: NSFC siap gempur Melaka

30 Aug 2026 • 10:57 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Liga Super: NSFC siap gempur Melaka

KAPTEN Negeri Sembilan FC (NSFC), Khuzaimi Piee menggesa barisan pemain menggandakan disiplin dan fokus ketika pasukan berdepan jadual padat empat perlawanan dalam tempoh 10 hari bermula aksi bertemu Melaka FC, malam ini.

Khuzaimi berkata, situasi itu menuntut setiap pemain sentiasa bersedia kerana penggiliran bakal menjadi kunci untuk mengelakkan keletihan serta risiko kecederaan.

“Bermain empat perlawanan dalam tempoh 10 hari bukanlah tugas mudah, tetapi kami sudah bersedia dari segi mental dan fizikal sejak pramusim lagi.

“Sebagai kapten, saya sentiasa ingatkan rakan-rakan bahawa setiap seorang daripada 28 pemain dalam skuad ini mempunyai peranan penting. 

“Tidak kira siapa yang diturunkan dalam kesebelasan utama atau sebagai pemain gantian, kualiti dan komitmen di atas padang mesti sama,” katanya.

Mengulas mengenai aksi menentang Melaka, Khuzaimi menyifatkan tiga mata di gelanggang lawan cukup penting bagi memberikan suntikan keyakinan sebelum pasukan beralih kepada saingan Piala FA.

Selepas aksi bertemu Melaka, NSFC akan berdepan Kelantan City untuk aksi timbal balik pada 2 dan 8 September selain aksi Liga Super menentang Star City FC pada Sabtu depan.

The post Liga Super: NSFC siap gempur Melaka appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved