Naga Api mahu beregu negara lebih agresif

11 Aug 2026 • 8:20 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Naga Api mahu beregu negara lebih agresif

KEJAYAAN yang dilakar pada Kejohanan Badminton Korea Masters tidak seharusnya menjadikan skuad beregu lelaki negara mudah berpuas hati biarpun dua gandingan mara ke final dan membuat perhitungan sesama sendiri.

Amaran itu disuarakan ketua jurulatih beregu lelaki kebangsaan, Herry Iman Pierngadi yang mahu anak-anak buahnya mengekalkan rentak cemerlang menjelang kejohanan-kejohanan pada masa akan datang.

Jurulatih yang terkenal dengan julukan Naga Api itu berkata, pemain-pemain negara perlu bekerja lebih keras lagi memandangkan cabaran selepas ini pastinya lebih sukar jika dibandingkan dengan aksi di Korea Masters.

“Sebenarnya, ini masih awal dan pemain-pemain tidak boleh cepat untuk berpuas hati dengan aksi dipamerkan. Masih ada banyak kejohanan lain yang sedang menanti di hadapan, jadi perlu bekerja lebih keras,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Pada aksi final Korea Masters yang berlangsung di Gimnasium Asan Yi Sun-sin kelmarin, gandingan Tee Kai Wun-Yap Roy King meraih gelaran pertama mereka selepas membenam cabaran rakan sepasukan, Man Wei Chong-Soh Wooi Yik.

Walaupun perlawanan berlangsung dalam keadaan cukup seimbang, namun Kai Wun-Roy King berjaya menampilkan aksi lebih baik sebelum mencatat kemenangan straight-set 21-13, 21-18 dalam tempoh 31 minit.

Apa yang menarik, kedua-dua beregu berkenaan merupakan pasangan ‘scratch pair’ selepas Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengambil keputusan untuk memecahkan gandingan-gandingan utama negara.

“Tidak sangka (jadi juara) sebab sebelum ini permainan kami agak teruk dan tewas di pusingan pertama dalam dua kejohanan awal. Sekarang dapat jadi juara tetapi kami tidak mahu cepat berpuas hati kerana ini hanya Super 300,” kata Roy King.

Selepas ini, beberapa pasangan akan kembali membentuk gandingan asal seperti Aaron Chia-Wooi Yik dan Wei Chong-Kai Wun bagi menggalas cabaran negara pada Kejohanan Badminton Dunia di New Delhi, India bermula 17 hingga 23 Ogos ini.

The post Naga Api mahu beregu negara lebih agresif appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved