Nahas 11 Kenderaan Di LPT1, 4 Maut, 4 Cedera 

LocalCars
1 Sep 2026 • 2:22 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

Nahas 11 Kenderaan Di LPT1, 4 Maut, 4 Cedera 

KUANTAN - Empat individu maut manakala empat lagi cedera dalam kemalangan membabitkan 11 kenderaan di Kilometer 110.4 Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1), arah Lanchang ke Kuantan, malam tadi.

Kemalangan yang berlaku kira-kira jam 10.44 malam itu membabitkan beberapa buah kereta, sebuah bas ekspres dan sebuah lori tangki, menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang.

Jurucakap JBPM Pahang berkata, tiga mangsa maut di dalam sebuah kereta, manakala seorang lagi mangsa ditemukan maut dalam sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV).

Menurut beliau, dua mangsa yang maut dikenal pasti sebagai Muhammad Nazatullah Nazmi, 32, dan Nur Atiqah Sofiya Mohd Kazwan, 31, manakala identiti dua lagi mangsa masih belum dikenal pasti.

“Empat mangsa lain turut mengalami kecederaan, termasuk dua yang terperangkap di dalam kenderaan. 

“Seorang lagi mangsa merupakan penumpang, manakala seorang mangsa mengalami kecederaan ringan,” katanya.

Jelas jurucakap tersebut, kesemua 30 penumpang bas ekspres yang terlibat dalam kemalangan itu bagaimanapun terselamat tanpa mengalami sebarang kecederaan.

“Mangsa yang cedera diserahkan kepada petugas Kementerian Kesihatan (KKM) untuk mendapatkan rawatan lanjut.

“Semua mayat pula diserahkan diserahkan kepada pihak polis bagi tindakan selanjutnya,” katanya. 

Operasi menyelamat melibatkan 21 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Mentakab, Temerloh dan Karak.

Operasi dilaporkan terkawal pada jam 2.48 pagi sebelum ditamatkan sepenuhnya dua minit kemudian, iaitu pada jam 2.50 pagi.

Kemalangan itu turut menyebabkan kesesakan lalu lintas sejauh kira-kira 7.2 kilometer, membabitkan laluan dari Kilometer 109.2 hingga Kilometer 116.4 dan menjejaskan pergerakan trafik antara Lanchang dan Temerloh. - Getaran, 1 September 2026

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved