‘Kami tahu dia di sana, cuma tak tahu balik bila’ - Abang sayu foto sambutan Merdeka kenangan terakhir 3 beranak maut di LPT1

1 Sep 2026 • 10:09 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

Image from: ‘Kami tahu dia di sana, cuma tak tahu balik bila’ - Abang sayu foto sambutan Merdeka kenangan terakhir 3 beranak maut di LPT1

TRAGEDI berdarah di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1 meragut empat nyawa serentak  meninggalkan duka mendalam apabila tiga daripadanya merupakan ahli keluarga yang sama.

Pemilik Secangkir Cafe di Sungai Karang, Pahang, Nur Atiqah Sofiya Mohd Kazwan, 32, maut bersama suaminya Muhammad Nazatullah Nazmi, 32, dan anak lelaki mereka yang menaiki Proton S70.

Image from: ‘Kami tahu dia di sana, cuma tak tahu balik bila’ - Abang sayu foto sambutan Merdeka kenangan terakhir 3 beranak maut di LPT1

Lebih menyayat hati, gambar  tiga beranak semasa suasana sambutan Hari Kebangsaan di Putrajaya kini menjadi antara kenangan terakhir buat ahli keluarga.

Abangnya, Mohd Hafiz Rifqi, 33, berkata, Nur Atiqah sebelum itu memaklumkan ke Kuala Lumpur bersama suami dan anak lelaki mereka sempena sambutan Hari Kebangsaan.

"Khamis minggu lepas kali terakhir kami berjumpa, ketika itu ada makan-makan di rumah mak.

'Pemergian dia betul-betul buat kami terkejut. Kami tahu (tentang kemalangan itu) lambat. Kami tahu pukul 7.45 pagi tadi daripada Sinar Harian.

"Mungkin sebab dia tak dapat cari waris. Kawan saya forward dan saya betul-betul tak sangka dan terkejut. Sebab katanya kemalangan berlaku pada pukul 11 malam.

Image from: ‘Kami tahu dia di sana, cuma tak tahu balik bila’ - Abang sayu foto sambutan Merdeka kenangan terakhir 3 beranak maut di LPT1

"Jadi, saya orang pertama tahu dan forward kepada semua keluarga," ujarnya.

Hafiz memaklumkan mereka sekeluarga sudah mengetahui perjalanan Nur Atiqah bersama suami dan anak mereka ke Putrajaya.

"Kami memang tahu dia pergi tengok perarakan di Putrajaya. Suaminya dia orang Kuala Lumpur. So, memang dia beritahu awal yang dia nak ke sana.

"Dia share gambar dalam grup WhatsApp keluarga. Gambar tengah perarakan. Kami tahu dia di sana cuma tidak tahu bila dia akan balik, jadi kami tak ada expectation dia sudah sampai atau belum," kongsinya lagi.

Image from: ‘Kami tahu dia di sana, cuma tak tahu balik bila’ - Abang sayu foto sambutan Merdeka kenangan terakhir 3 beranak maut di LPT1

Pada masa sama Hafiz mengakui terkedu dan sukar menerima hakikat kehilangan adiknya.

"Jadi, macam, susah nak proses lah. Sebabnya, biasanya kita baca nama orang lain tapi kali ini baca nama adik sendiri, jadi, saya ambil masa untuk proses," ujarnya lagi.

Berkongsi peribadi yang baik, Allahyarham Nur Atiqah disifatkan sebagai seorang yang baik dan disenangi ramai.

"Dia sangat baik. Sekarang ni di Thread memang tengah viral. Dia jurufoto dan ada sebuah kafe. Alhamdulillah, agak dikenali juga. Jadi, ramailah kenalan dia. kenalan dia kenalan saya juga," kongsi Hafiz.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Pahang, Datuk Azry Akmar Ayob berkata, kemalangan ngeri di LPT1 arah Lanchang menghala ke Kuantan itu berlaku kira-kira pukul 10.55 malam dan melibatkan lori tangki berkenaan, sebuah bas ekspres dan sembilan kereta yang dalam perjalanan menuju ke arah Timur.

Azry Akmar berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber: Instagram Sinar Harian, 1

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved