Nahas dua bot Mersing: ‘Takdir Allah itu cantik’

1 Sep 2026 • 2:09 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Nahas dua bot Mersing: ‘Takdir Allah itu cantik’

​MERSING – “Takdir Allah itu cantik. Allah dah susun perjalanan hidup kita ni. Berlapang dadalah…redalah dengan takdirnya.”

Demikian antara bait ungkapan yang sempat dimuat naik Allahyarham Mohamad Sohaizi Mohd Sanin, 38, menerusi hantaran video di status WhatsApp sebelum dia maut dalam kemalangan bot di perairan Kuala Sungai Mersing, malam semalam.

Kakak mangsa, Suhailah Mohd Sanin, 51, berkata, perkongsian itu dimuat naik arwah beberapa jam sebelum adiknya itu maut dalam insiden tersebut selain ada mengirim pesanan di WhatsApp dengan kandungan penuh tersirat kepadanya pada 20 Ogos lalu.

“Dia kata, ‘Kak, akaklah kakak dunia akhirat saya.’ Masa itu saya tak rasa apa-apa yang pelik, cuma saya balas minta dia bekerja elok-elok. Saya pesan, kita ni dah tak ada mak ayah, yang tinggal cuma kami adik-beradik. Bila teringat kembali status dan pesanan terakhir itu, hati jadi sangat sebak,” katanya ketika ditemui pemberita Unit Forensik Hospital Mersing, hari ini.

​Menurutnya, arwah yang merupakan anak keenam daripada lapan beradik itu seorang yang pendiam namun sangat mahir dalam selok-belok pertukangan enjin.

​”Arwah memang minat kerja laut mengikut jejak arwah abah yang juga seorang nelayan. Kerja hakikinya baiki enjin bot, tetapi pada masa sama dia ada mengambil upah sambilan membawa bot penumpang. Kami memang jarang berjumpa saya duduk di Johor sementara arwah duduk di Mersing. Kali terakhir kami berjumpa pada sambutan Aidilfitri lalu,” katanya.

Tambahnya jenazah Allahyarham Mohamad Sohaizi dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Al-Tahiriyyah, Mersing.

Mohamad Sohaizi disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah apabila bot Sea Queen yang dinaikinya bertembung dengan bot Rawa Birds kira-kira pukul 8.15 malam. – KOSMO! ONLINE

The post Nahas dua bot Mersing: ‘Takdir Allah itu cantik’ appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved