Nahas helikopter: Analisis DNA lima mangsa dijangka selesai esok

11 Sep 2026 • 5:10 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Nahas helikopter: Analisis DNA lima mangsa dijangka selesai esok
Mangsa yang terkorban ialah juruterbang Kapten Zainol Afiq Bee Sham, 30, pegawai perubatan Dr Ainul Baraah Kamaruddin, 33, pembantu perubatan Alexson Adit Henry, 31, serta dua jururawat, Debra Moset, 40, dan Jessie Paya Jok, 44.

MIRI - Analisis sampel asid deoksiribonukleik (DNA) kesemua lima mangsa nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) di Long Lellang pada Selasa lepas dijangka selesai selewat-lewatnya esok. 

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohamad Zainal Abdullah berkata, selepas analisis DNA selesai baru jenazah akan diserahkan kepada waris masing-masing.

"Kita jangka analisis DNA lima mangsa mungkin dapat disiapkan selewat-lewatnya esok," katanya kepada pemberita di sini pada Jumaat. 

ARTIKEL BERKAITAN: Helikopter Perkhidmatan Doktor Udara bawa lima penumpang terhempas - CAAM

Terdahulu, proses bedah siasat kesemua lima mangsa yang dijalankan di Jabatan Forensik Hospital selesai dengan punca kematian disebabkan kecederaan melecur teruk.

Pada Selasa, helikopter BO-105 yang membawa lima individu termasuk juruterbang terhempas berdekatan Long Lellang Short Take-Off and Landing Airport (STOLport).

Mangsa yang terkorban ialah juruterbang Kapten Zainol Afiq Bee Sham, 30, pegawai perubatan Dr Ainul Baraah Kamaruddin, 33, pembantu perubatan Alexson Adit Henry, 31, serta dua jururawat, Debra Moset, 40, dan Jessie Paya Jok, 44.- Bernama 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved