Nahas helikopter: Jenazah Dr Ainul Baraah akan dikebumikan di Kelantan - Bapa

10 Sep 2026 • 12:22 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Nahas helikopter: Jenazah Dr Ainul Baraah akan dikebumikan di Kelantan - Bapa
Kamarudin Salleh - FotoBernama

KOTA BHARU - Jenazah Allahyarham Dr Ainul Baraah Kamarudin, 33, dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sri Kedeper di sini sebaik selesai urusan forensik.

Kamarudin Salleh, 69, berkata, jenazah anak perempuannya itu akan disembahyangkan di Masjid Al Karamah, Mukim Baung Besar, Pengkalan Chepa di sini.

"Saya telah menghubungi pihak masjid berkenaan untuk membuat persediaan dan persiapan awal untuk pengebumian,” katanya kepada Bernama malam ini.

Mengulas mengenai waktu jenazah pegawai perubatan itu akan diterbangkan dari Miri ke Kota Bharu, beliau berkata perkara berkenaan masih belum dapat dipastikan.

Semalam, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dalam kenyataan memaklumkan sebuah helikopter BO-105 yang membawa lima individu termasuk juruterbang terhempas berhampiran Lapangan Terbang Landasan Pendek (STOLport) Long Lellang, Ulu Baram, kira-kira 929 kilometer dari Kuching.

Menurut kenyataan itu, helikopter berkenaan sedang menjalankan operasi perkhidmatan doktor udara (FDS) ketika kejadian.

Dalam pada itu, Residen Bahagian Miri yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Miri Galong Luang mengesahkan kesemua lima individu di dalam helikopter itu meninggal dunia dalam kejadian pada kira-kira 3.40 petang.

Selain Dr Ainul Baraah, mangsa yang terkorban ialah juruterbang Kapten Zainol Afiq Bee Sham, 30, pembantu perubatan Alexson Adit Henry, 31, serta dua jururawat, iaitu Debra Moset, 40, dan Jessie Paya Jok, 44. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved