Nahas helikopter: Kerajaan Sarawak salur sumbangan RM100,000 kepada setiap keluarga petugas terkorban

9 Sep 2026 • 2:37 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Nahas helikopter: Kerajaan Sarawak salur sumbangan RM100,000 kepada setiap keluarga petugas terkorban
Kesemua mangsa nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) yang terhempas di STOLport Long Lellang, pedalaman Baram, pada Selasa disahkan meninggal dunia.

KUCHING – Kerajaan Sarawak meluluskan sumbangan kewangan berjumlah RM100,000 kepada setiap keluarga petugas yang terkorban dalam insiden nahas helikopter berhampiran Long Lellang, Selasa lalu.

Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, bantuan berkenaan turut meliputi pembiayaan yuran pendidikan anak-anak mangsa yang masih bersekolah.

Nahas helikopter: 'Dr Ainul mahu sambung belajar jadi doktor pakar' - Bapa kongsi perbualan terakhir

Nahas helikopter: 'Saya berdoa semoga Dr Ainul ditempatkan di syurga' - Ibu

Menurut beliau, kos pendidikan tersebut akan ditanggung sepenuhnya menerusi pengurusan Yayasan Sarawak.

Katanya, sumbangan itu merupakan bentuk penghargaan dan keprihatinan kerajaan negeri terhadap jasa serta pengorbanan petugas berkenaan ketika menjalankan tanggungjawab memberikan perkhidmatan rawatan kepada penduduk di kawasan pedalaman.

“Kerajaan Sarawak merakamkan salam takziah dan rasa dukacita yang mendalam kepada seluruh ahli keluarga serta waris mangsa atas kehilangan insan tersayang,” katanya dalam kenyataan media pada Rabu.

Abang Johari turut mendoakan agar seluruh waris mangsa diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi kehilangan yang amat berat itu.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved