Nahas helikopter KKM: Jenazah Dr. Ainul dibawa ke Kelantan esok

10 Sep 2026 • 9:08 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Nahas helikopter KKM: Jenazah Dr. Ainul dibawa ke Kelantan esok

KOTA BHARU – Jenazah Allahyarham Dr. Ainul Baraah Kamarudin, 33, dijangka dibawa pulang dan akan dikebumikan di Kelantan, esok.

Ahli keluarga terdekat kepada suami Ainul Baraah, Mohd. Aidi Amin Ghani, 53, berkata, jenazah bakal disolat di Masjid Karomah, Kampung Baung sebelum disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Sri Kedeper di sini.

“Insya-Allah jenazah akan tiba di Kelantan esok. Sekarang masih urusan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) kerana jenazah kelima-lima mangsa dikatakan bercampur.

“Difahamkan, Mufti Sarawak, Datu Khalidi Ibrahim akan hadir untuk beberapa urusan berkaitan jenazah itu di Kuching,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Kosmo! Online semalam melaporkan, keluarga Dr. Ainul Baraah yang dilaporkan maut dalam tragedi helikopter terhempas di Marudi, Sarawak kelmarin sedang menunggu untuk menjalani proses pengumpulan dan pengecaman barangan peribadi mangsa.

Proses tersebut melibatkan ahli keluarga terutamanya bapa, Kamarudin Salleh, 69, dan Rogayah Mohd. Noor, 69, di Hospital Miri.

Kedua ibu dan bapa Dr. Ainul Baraah tiba di Miri kira-kira pukul 1 tengah hari semalam, sebelum ditempatkan di sebuah hotel sementara menunggu proses pengecaman.

“Kami dimaklumkan, ahli keluarga yang pergi ke sana akan melakukan pengecaman terhadap barangan yang dipakai Ainul Baraah ketika kejadian seperti pakaian, barangan kemas atau jam tangan miliknya di Hospital Miri,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post Nahas helikopter KKM: Jenazah Dr. Ainul dibawa ke Kelantan esok appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved