Nahas helikopter KKM: Suami belum dapat lihat jenazah Dr. Ainul

10 Sep 2026 • 9:24 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Nahas helikopter KKM: Suami belum dapat lihat jenazah Dr. Ainul

KOTA BHARU – Suami kepada Allahyarham Dr. Ainul Baraah Kamarudin, 33, setakat ini belum dibenarkan untuk melihat keadaan jenazah isterinya di Unit Forensik Hospital Miri, Sarawak.

Muhammad Faiz Abdul Malik, 37, berkata, buat masa ini, dia bersama keluarga termasuk ibu dan bapa mentuanya ditempatkan di Hotel Jinhold, Miri sementara menunggu panggilan ke hospital.

Katanya, sepanjang proses itu, sampel asid deoksiribonukleik (DNA) kelima-lima mangsa termasuk isterinya akan dihantar ke makmal kimia di Kuching, Sarawak untuk dianalisis.

“Mungkin petang ini kami akan dibawa ke hospital. Barangan peribadi milik arwah sudah diserahkan kepada pihak berkuasa semalam untuk proses pengecaman,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Muhammad Faiz memberitahu, pihak Kementerian Kesihatan dan agensi lain sedang berusaha untuk mempercepatkan segala proses agar jenazah kelima-lima mangsa dapat disemadikan secepat mungkin. – KOSMO! ONLINE

The post Nahas helikopter KKM: Suami belum dapat lihat jenazah Dr. Ainul appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved