Nahas helikopter KKM: Tiga kali mentua Dr. Ainul Baroah ulang ada berita buruk

8 Sep 2026 • 11:09 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Nahas helikopter KKM: Tiga kali mentua Dr. Ainul Baroah ulang ada berita buruk

KOTA BHARU – Dr. Ainul Baroah Kamarudin, 33, yang merupakan salah seorang mangsa yang maut selepas helikopter yang dinaiki terhempas dan terbakar di kawasan Lapangan Terbang Long Lellang, Ulu Baram di Marudi, Sarawak petang tadi dikatakan sedang dalam perjalanan untuk menjalankan pemantauan orang sakit di Baram.

Bapa kepada Ainul Baroah, Kamarudin Salleh, 69, berkata, anaknya itu dilaporkan menaiki helikopter tersebut ke lokasi tersebut sebelum akan bergerak ke beberapa kawasan lain.

Katanya, Ainul Baroah yang merupakan anak keempat daripada lima beradik itu dikatakan sering ke kawasan pedalaman dengan menaiki helikopter untuk memantau orang sakit sekurang-kurangnya seminggu sekali.

“Dia sedang dalam perjalanan untuk pergi menjalankan pemantauan orang sakit di Baram. Ainul Baroah baru ditempatkan di Hospital Miri selama dua tahun selepas bertugas di Hospital Tanah Merah dalam tempoh sama.

“Saya mengetahui tragedi itu selepas besan atau bapa kepada menantu, Muhammad Faiz Abdul Malik, 37, menghubungi saya selepas solat Asar. Dia kata ‘ada berita buruk’ dan mengulang ayat itu sebanyak tiga kali sebelum memaklumkan bahawa helikopter dinaiki Ainul Baroah terbakar,” katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di Kampung Baung di sini hari ini.

Image from: Nahas helikopter KKM: Tiga kali mentua Dr. Ainul Baroah ulang ada berita buruk
Gambar konvokesyen Ainul Baroah pada 2018.

Kamarudin yang merupakan pesara guru memberitahu, dia yang ketika itu berada di Pulai Chondong, Machang terkejut dengan berita tersebut, namun masih belum mengetahui maklumat lanjut atau keadaan sebenar anaknya itu.

Katanya, dia dan isteri, Rogayah Mohd. Noor, 69, dijangka akan bergerak ke ibu negara malam ini sebelum ke Sarawak esok.

“Saya janji dengan dia untuk pergi ke Sarawak pada Disember ini, namun terpaksa membatalkan perancangan tersebut kerana kemungkinan musim banjir ketika itu.

“Dia agak sedih kerana saya tak jadi pergi ke sana. Dia kata, ‘Bilalah ayah nak pergi?’,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post Nahas helikopter KKM: Tiga kali mentua Dr. Ainul Baroah ulang ada berita buruk appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved