Nahas helikopter Long Lellang: Laporan awal dibentang esok, dokumen penerbangan sah, kata Loke

LocalPolitics
15 Oct 2026 • 12:13 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

Image from: Nahas helikopter Long Lellang: Laporan awal dibentang esok, dokumen penerbangan sah, kata Loke

KUALA LUMPUR - Laporan awal siasatan membabitkan nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) yang mengorbankan lima nyawa di Long Lellang, Ulu Baram, Sarawak bulan lalu bakal dibentangkan kepada Jemaah Menteri, esok.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook mengesahkan dapatan awal Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) mendapati juruterbang serta helikopter terbabit mematuhi semua spesifikasi dan piawaian keselamatan penerbangan yang ditetapkan.

Menurut beliau, juruterbang helikopter BO105 kendalian Layang-Layang Aerospace Sdn Bhd itu mempunyai lesen penerbangan serta sijil perubatan yang masih sah semasa kejadian.

"Helikopter bernombor pendaftaran 9M-LLF yang beroperasi di bawah kontrak Kementerian Kesihatan (KKM) itu turut mempunyai perakuan pendaftaran dan perakuan kelayakan terbang yang sah. Pesawat disahkan layak terbang ketika berlepas.

"Bagaimanapun, siasatan terperinci masih diteruskan dan laporan muktamad berhubung insiden ini dijangka siap dalam tempoh setahun dari tarikh kemalangan," katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk Dr Richard Rapu @ Aman Begri (GPS-Betong) berhubung status audit keselamatan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) serta pemeriksaan terakhir ke atas operator pesawat terbabit.

Dalam tragedi pada 8 September lalu, helikopter FDS berkenaan terhempas di kawasan pedalaman Long Lellang sehingga meragut lima nyawa, termasuk empat petugas kesihatan KKM. - 15 Oktober, 2026

The post Nahas helikopter Long Lellang: Laporan awal dibentang esok, dokumen penerbangan sah, kata Loke appeared first on Scoop.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved