Nahas LPT-1: Mohd Kamri gesa aspek keselamatan lebuhraya perlu ditambah baik

11 Sep 2026 • 2:06 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Kamri

PETALING JAYA: Tragedi kehilangan tiga beranak dalam nahas di Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1), Temerloh, baru-baru ini, turut dirasai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa, Mohd Kamri Kamaruddin yang mengenali keluarga mangsa sejak sekian lama.

Mohd Kamri berkata, beliau mempunyai hubungan persahabatan dengan keluarga mangsa dan hadir menziarahi keluarga terbabit selepas tragedi berkenaan.

Katanya, kehilangan tiga ahli keluarga dalam satu kejadian merupakan dugaan berat yang sukar diterima mana-mana keluarga.

Kamri

“Saya mengenali keluarga ini sudah lama dan saya berkawan dengan bapanya, jadi apabila berlaku perkara seperti ini, memang sangat berat untuk kita terima.

“Saya datang untuk menziarahi keluarga dan menyampaikan sedikit sumbangan. Dalam masa sama, kita kena beri ruang kepada keluarga untuk tenangkan diri,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Terdahulu, Utusan melaporkan empat individu maut dalam kemalangan membabitkan 11 kenderaan di Kilometer 110.4 LPT1 arah Lanchang menghala Kuantan, kira-kira 10.55 malam pada 31 Ogos lalu.

Dalam kejadian itu, sebuah lori tangki bermuatan simen dipercayai hilang kawalan sebelum melanggar beberapa kenderaan, mengakibatkan tiga beranak iaitu Muhammad Nazatullah Nazmi, 32, isterinya, Nur Atiqah Sofiya Mohd Kazwan, 32, serta anak lelaki mereka, Muhammad Armaan Nazeef, empat tahun, maut.

Mengulas aspek keselamatan susulan kejadian itu, Mohd Kamri berkata, kawasan yang dikenal pasti sebagai hotspot kemalangan perlu dikaji semula dan ditambah baik, khususnya dari aspek pencahayaan serta keadaan permukaan jalan.

Katanya, pihak konsesi bersama Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) perlu mengenal pasti kawasan berisiko tinggi dan mengambil langkah sewajarnya bagi mengurangkan risiko kemalangan berulang.

“Kalau kita tahu kawasan itu hotspot kemalangan, kita perlu ubah kawasan itu supaya menjadi lebih selamat.

“Pencahayaan juga penting, terutama di kawasan yang gelap.

Dengan teknologi seperti sistem solar, perkara ini boleh dimanfaatkan untuk memastikan kawasan kritikal mendapat pencahayaan yang mencukupi,” katanya.

Beliau berharap tragedi berkenaan menjadi peringatan kepada semua pihak supaya aspek keselamatan lebuh raya diberikan perhatian lebih serius bagi mengelakkan kejadian sama berulang.

The post Nahas LPT-1: Mohd Kamri gesa aspek keselamatan lebuhraya perlu ditambah baik appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved