Nahas LPT1 Temerloh: Polis kenal pasti empat maut dalam kemalangan melibatkan 11 kenderaan

1 Sep 2026 • 2:29 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

Image from: Nahas LPT1 Temerloh: Polis kenal pasti empat maut dalam kemalangan melibatkan 11 kenderaan

Polis kenal pasti identiti empat mangsa maut nahas 11 kenderaan di Lanchang, Temerloh termasuk sepasang suami isteri dan anak mereka berusia empat tahun.

KUANTAN: Polis mengenal pasti identiti empat mangsa yang maut dalam kemalangan membabitkan 11 kenderaan di Kilometer 110.3 Lebuhraya Pantai Timur (arah Timur) di Lanchang, Temerloh, malam tadi.

Pemangku Ketua Polis Pahang Datuk Azry Akmar Ayob berkata mereka terdiri daripada pasangan suami isteri Muhammad Nazatul Nazmi dan Nur Atiqah Sofiya Mohd Kazwan masing-masing berusia 32 tahun serta anak lelaki mereka berusia empat tahun yang menaiki kereta Proton S70.

Seorang lagi mangsa yang maut ialah penumpang Honda CRV Seow Beng Wain, 55, dari Kota Kemuning, Shah Alam, Selangor.

“Anak kepada Seow, Sebastian Seow Jhen, 18, yang memandu Honda CRV dan pemandu lori tangki muatan simen yang berusia 52 tahun mengalami kecederaan parah dan kini dirawat di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS), Temerloh,” katanya.

Azry Akmar berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Pemakaian Pangkat dan Majlis Serah Terima Tugas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik serta Ketua Polis Daerah Jerantut di Kompleks Alor Akar di sini hari ini.

Azry Akmar berkata pemandu dan penumpang lapan kenderaan lain iaitu bas ekspres, Toyota Hilux, MPV Toyota Alphard dan lima kereta dilaporkan cedera ringan dan dibawa ke hospital sama untuk rawatan.

Beliau berkata bedah siasat mangsa yang maut dijadualkan pada pagi ini di HoSHAS.

Sementara itu, Azry Akmar berkata pihaknya menerima maklumat kemalangan itu pada 10.55 malam.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berpunca daripada lori tangki simen yang hilang kawalan lalu melanggar beberapa kenderaan lain yang sedang bergerak perlahan,” katanya.

Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved