Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

LocalCars
1 Sep 2026 • 6:15 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

tr1.jfif

Suasana di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1 gempar apabila empat nyawa melayang dalam satu kemalangan tragis membabitkan 11 buah kenderaan di Kilometer 110.4, berhampiran susur keluar Plaza Tol Temerloh, malam semalam.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 10 malam itu membabitkan sebuah lori tangki, sebuah bas ekspres, empat kereta, tiga SUV, sebuah MPV, dan sebuah pikap yang sedang dalam perjalanan dari arah Kuala Lumpur menuju ke Kuantan.

Tiga Sekeluarga Antara Mangsa Terkorban

Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Pahang, Mohd Salahuddin Isa, mengesahkan pemandu dan dua penumpang sebuah SUV terbunuh di lokasi kejadian. Nahas berkenaan turut mengorbankan seorang lagi lelaki yang menaiki sebuah SUV berasingan.

Bagaimanapun, 30 penumpang bas ekspres dilaporkan selamat tanpa sebarang kecederaan serius.

Punca Kemalangan LPT1 Temerloh Masih Disiasat

tr2.jfif

Terdahulu satu klip video tular di media sosial turut memaparkan detik-detik cemas apabila lori tangki berkenaan merempuh bahagian belakang bas ekspres sebelum merempuh kenderaan lain di laluan tersebut.

Pemandu lori tangki dan seorang penumpang SUV mengalami kecederaan parah. Kesemua mangsa cedera serta mayat mangsa yang terkorban telah dihantar ke Hospital Sultan Ahmad Shah (HOSHAS), Temerloh untuk rawatan lanjut dan proses bedah siasat. Pihak polis kini sedang menjalankan siasatan terperinci bagi mengenal pasti punca sebenar insiden.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved