Nahas UPSI: Lukisan Allahyarham Mustaqim Seakan Beri Gambaran Kemalangan

Entertainment
18 Jun 2025 • 12:19 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Minggu lalu, kita dikejutkan dengan kemalangan maut melibatkan 15 orang pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Gerik, Perak.

Salah seorang mangsa, Muhammad Mustaqim Rosde, 21, merupakan seorang yang berbakat dalam lukisan, tiga lukisannya menarik perhatian ibu bapanya di mana Allahyarham melukis tentang bas, jalan raya dan tulisan kreatif berkaitan kematian.

Ibu Muhammad Mustaqim, Juariah Abdul Rahman, 48, berkata, dia dan suaminya, Rosde Yaakub, 58, terkejut menemukan tiga lukisan terbabit di dalam bilik tidur arwah anaknya beberapa hari lalu.

image is not available

“Tiga lukisan itu merupakan sebahagian daripada lebih 100 koleksi arwah yang tersimpan rapi dalam fail di bilik tidurnya.

“Di belek betul-betul, lukisan sebuah bas dan pemandangan jalan raya berlatar belakang hutan dan besi penghadang jalan itu seakan-akan gambaran kemalangan yang meragut nyawa dia dan rakan-rakannya pada 9 Jun lalu,” katanya.

Ibunya turut berkongsi, satu lagi lukisan tulisan kreatif berkaitan mati yang ditinggal arwah Muhammad Mustaqim membuatnya benar-benar sebak.

Katanya, walaupun kaitan lukisan tersebut dan tragedi berlaku hanyalah kebetulan, ia khazanah berharga peninggalan arwah anaknya yang perlu dijaga rapi sebagai kenangan berharga.

Sumber: Kosmo!

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.