
BEIJING – Pengasas pengeluar motosikal China, ZXMOTO memecahkan Guinness World Records selepas menunggang motosikal yang diubah suai sejauh 40.74 kilometer (km) di atas permukaan air di kampung halamannya di wilayah Hunan, lapor laman berita China Daily..
Zhang Xue mencatatkan rekod dunia baharu jarak terpanjang dilalui di atas permukaan air dengan menaiki motosikal, mengatasi rekod terdahulu iaitu 31.8km.
Selain menunggang motosikal buatan ZXMOTO, MX450, percubaan itu dilakukan di sebatang sungai yang luas di daerah autonomi Mayang Miao pukul 11 pagi (waktu tempatan), baru-baru ini.
Pengadil Guinness World Records, Xiong Wen mengesahkan rekod tersebut. Kejayaan itu dicapai 17 tahun selepas Xue pertama kali cuba menunggang motosikal di atas air.
Dalam percubaan itu, dia jatuh ke dalam air empat kali dan hanya menempuh jarak 20 meter. – AGENSI
The post Naik motosikal atas air lebih 40 kilometer appeared first on Kosmo Online.






