Najib gagal gantung hukuman 1MDB

LocalPolitics
14 Oct 2026 • 3:12 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Najib gagal gantung hukuman 1MDB

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak gagal menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion bersabit kes penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Keputusan itu dibuat oleh Hakim Mahkamah Tinggi, Noor Ruwena Md. Nurdin selepas menolak permohonan itu pada prosiding pendengaran rayuan hari ini.

Permohonan penangguhan itu difailkan oleh Najib, 73, sementara menunggu rayuan berhubung sabitan dan hukuman berkenaan didengar serta diputuskan di Mahkamah Rayuan.

Pada 26 Disember 2025, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Collin Lawrence Sequerah (kini Hakim Mahkamah Persekutuan) menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda berjumlah RM11,387,888,067.05 atas kesemua 25 pertuduhan membabitkan penyelewengan dana 1MDB.

Jika gagal membayar denda tersebut, hukuman penjara Najib boleh ditambah 10 tahun lagi bagi setiap pertuduhan itu.

Hukuman penjara itu juga diperintahkan berjalan sebaik sahaja tamat tempoh pemenjaraan bagi kes penyelewengan dana SRC International Sdn. Bhd.

Pada prosiding hari ini, Najib diwakili peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah manakala pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Ahmad Akram Gharib.

BERITA SELANJUTNYA MENYUSUl –UTUSAN

The post Najib gagal gantung hukuman 1MDB appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved