Najib Razak Akhirnya Keluar Penjara Bagi Jalanan Tahanan Rumah

LocalPolitics
6 Nov 2026 • 4:29 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Intipati berita

  • Najib Razak dilihat meninggalkan penjara kira-kira jam 2.37 petang dengan menaiki SUV Proton X70 berwarna perak.
  • Peguam, Muhammad Farhan Shafee tiba di Penjara Kajang selepas Najib selesai membayar denda RM50 juta.
  • Denda RM50 juta selesai dibayar di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi memenuhi syarat pengampunan bersyarat.
  • Najib dijadual menjalani baki hukuman secara tahanan rumah sehingga 23 Ogos 2028.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dilihat keluar dari Penjara Kajang kira-kira pukul 2.37 petang tadi dengan menaiki sebuah SUV Proton X70 berwarna perak.

Menurut laporan Kosmo, kenderaan yang membawa Najib meninggalkan kawasan penjara dengan kawalan beberapa kenderaan pengiring serta sebuah van Jabatan Penjara.

Bagaimanapun, destinasi beliau selepas meninggalkan penjara masih belum dapat disahkan sama ada dibawa ke kediamannya di Jalan Langgak Duta, Kuala Lumpur yang sebelum ini dikaitkan dengan pelaksanaan tahanan rumah.

Peguam hadir sebelum Najib Razak dibebaskan

Najib Razak

Terdahulu, peguam Najib, Muhammad Farhan Shafee dilihat memasuki kawasan Penjara Kajang kira-kira pukul 2.15 petang dengan menaiki sebuah kereta Audi berwarna putih.

Kehadiran beliau menyusuli perkembangan bahawa Najib selesai menjelaskan denda sebanyak RM50 juta yang dikenakan terhadapnya dalam kes penyelewengan dana SRC International Sdn. Bhd. di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, tengah hari tadi.

Muhammad Farhan sebelum ini memaklumkan pihaknya sedang menunggu surat perintah pembebasan tahanan untuk diserahkan kepada Jabatan Penjara Malaysia.

Selesai bayar denda RM50 juta, jalani tahanan rumah

Najib razak

Untuk rekod, pembayaran denda berkenaan merupakan antara syarat pengampunan bersyarat yang membolehkan Najib menjalani baki hukuman penjara secara tahanan rumah sehingga 23 Ogos 2028.

Najib, 73, mula menjalani hukuman di Penjara Kajang pada 23 Ogos 2022 selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan terakhirnya dan mengekalkan sabitan serta hukuman terhadap tujuh pertuduhan berkaitan penyelewengan dana SRC International Sdn. Bhd. berjumlah RM42 juta.

The post Najib Razak Akhirnya Keluar Penjara Bagi Jalanan Tahanan Rumah appeared first on Oh! Media.
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved