Najib sudah dimaklumkan mengenai SOP tahanan rumah

LocalPolitics
7 Oct 2026 • 1:05 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Najib sudah dimaklumkan mengenai SOP tahanan rumah
Zamri (kiri) ketika sidang akhbar bersama Azalina (tengah) di Parlimen pada Rabu.

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah dimaklumkan mengenai prosedur operasi standard (SOP) berkaitan pelaksanaan tahanan rumah.

Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU), Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zamri Misman berkata, tindakan itu dibuat selepas Jabatan Penjara menerima makluman mengenai pelaksanaan tersebut.

“Jabatan Penjara sudah memaklumkan perincian kepada Datuk Seri Najib," katanya ketika ditemui selepas sesi taklimat media bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said di Parlimen di sini pada Rabu.

Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar pada 19 September lalu dilapor berkata, Jabatan Penjara dijangka mengeluarkan SOP bagi pelaksanaan tahanan rumah bekas Ahli Parlimen Pekan itu dalam masa terdekat.

Beliau berkata, SOP berkenaan akan memperincikan aspek lawatan, kawalan serta pemantauan pergerakan Najib.

Sementara itu, Azalina enggan mengulas lanjut ketika ditanya ditanya mengenai proses tahanan rumah bekas Presiden UMNO berkenaan.

Beliau berkata, perkara tersebut perlu diajukan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh.

Ketua Penerangan UMNO itu juga enggan mengulas ketika ditanya mengenai perkembangan kutipan dana bagi membantut membebaskan Najib.

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved