Najwa Latif enggan ‘layan’ kritikan, bahagia bergelar ibu

EntertainmentLifestyle
20 Sep 2026 • 6:49 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Najwa Latif enggan ‘layan’ kritikan, bahagia bergelar ibu

JOHOR BAHRU – “Ada orang suka, ada yang tak suka. Yang penting kita buat benda baik.”

Demikian kata penyanyi Najwa Latif berhubung pesanan ibunya selepas menjadi mangsa kritikan disebabkan perubahan fizikalnya ketika mengadakan persembahan sempena Keretapi Sarong Johor Bahru 2026 baru-baru ini.

Anak jati Johor yang mesra dipanggil Wawa itu berkata, sokongan suami dan ibu banyak membantunya kekal tenang apabila berdepan komen negatif.

Katanya, perkara pertama yang dilakukan adalah menghubungi ibunya dan meminta maaf.

“Mak cakap tak apa, ini sebahagian daripada hidup kita, ada orang suka, ada yang tak suka. Perlu terima dan teruskan hidup, yang penting kita buat benda baik-baik,” katanya ketika ditemui pada perasmian pembukaan Outlet Bayu Somerset Ke-21 di sini, semalam.

Najwa berkata, beliau menghormati pandangan semua pihak termasuk mereka yang mengkritik penampilannya selepas melahirkan anak dan memilih untuk tidak memberikan sebarang respons.

“Wawa hormat semua pendapat, semua orang berhak untuk bercakap apa yang mereka nak cakap. Wawa rasa tidak semua benda perlu respons dan dalam hal ini pun Wawa tak rasa Wawa perlu beri respons,” katanya.

Mengenai perubahan fizikalnya, Najwa berkata, beliau tidak mahu menjadikan proses menyusu anak sebagai alasan, sebaliknya menganggap pengalaman bergelar ibu sebagai perjalanan  membahagiakan.

Menurut pelantun lagu Cinta Muka Buka itu, dia menikmati kehidupan sebagai ibu, namun menyedari aspek kesihatan juga perlu diberikan perhatian.

Mengulas mengenai perkembangan karier, Najwa berkata, beliau belum mempunyai perancangan untuk mengadakan konsert dalam masa terdekat.

“Wawa tidak ada perancangan pun ke arah itu sebab ada banyak komitmen sekarang, perlu fokus satu persatu. Kalau ada rezeki, insya-Allah akan datang Wawa akan maklumkan.

“Kalau dari segi lagu, Wawa masih mencari material. Kalau tak jumpa, Wawa akan buat sendiri lagu tahun ini. Setiap tahun Wawa memang akan ‘release’ (mengeluarkan) sekurang-kurangnya satu lagu,” katanya.

Najwa atau nama lengkapnya Imratul Najwa Abdul Latif mendirikan rumah tangga pada 2022 dengan Akwa Arifin dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang diberi nama Medina tahun lalu.

The post Najwa Latif enggan ‘layan’ kritikan, bahagia bergelar ibu appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved