Najwa Latiff kesal video A.I tular, bakal ambil tindakan

LocalEntertainment
5 Sep 2026 • 9:00 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Najwa Latiff kesal video A.I tular, bakal ambil tindakan

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Najwa Latiff akan mempertimbangkan untuk mengambil tindakan terhadap pihak yang menyunting video siaran langsungnya baru-baru ini.

Walaupun sudah menerima permohonan maaf daripada pihak berkenaan, Najwa tetap memikirkan dan berbincang dengan ahli keluarga terdekat tentang tindakan selanjutnya yang bakal diambil.

“Syarikat tersebut telah membuat permohonan maaf, menghantar mesej di media sosial saya. Namun saya belum membalasnya.

“Setakat ini saya belum mengambil sebarang tindakan. Saya masih berbincang dengan suami tentang tindakan seterusnya. Jika mencalar kredibiliti saya, tentu sekali tindakan harus diambil.

”Saya tak mahu terburu-buru dalam mengambil tindakan. Jadi lebih baik saya berbincang dengan orang sekeliling saya tentang tindakan selanjutnya,” katanya ketika ditemui dalam sidang media Konsert Wali Band di Royale Chulan Kuala Lumpur, semalam.

Najwa dalam pada memaklumkan dia kesal dengan penularan video berkenaan yang beberapa hari berlegar di media sosial.

“Sejujurnya saya terkilan, namun kita kena lalui situasi ini.

“Namun setakat ini impaknya adalah orang datang kepada saya untuk maklumkan mengenai itu adalah video janaan A.I.

”Perkara ini baharu semalam berlaku, jadi impaknya belum teruk,” katanya lagi.

Penyanyi lagu Cinta Muka Buku itu menegaskan yang video berkenaan dihasilkan untuk mempromosikan produk pihak berkenaan.

“Yang penting itu bukan saya, itu adalah imej janaan kecerdasan buatan.

“Tujuannya mungkin untuk mempromosikan jenama atau produk pihak sana. Dia tak perasan, jadi telah menghasilkan imej janaan AI, menampakkan saya tak bertudung.

“Ramai yang memberitahu tentang kewujudan video itu namun bila tekan pautannya, video itu sudah diturunkan,” katanya lagi.- UTUSAN

 

 

The post Najwa Latiff kesal video A.I tular, bakal ambil tindakan appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved