“Nak bagi pengajaran” – Bapa Tinggalkan Anak Tepi Lebuh Raya Sudah Ditahan, Ini Punca Sebenarnya

11 Nov 2026 • 11:42 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

bapa tinggalkan anak tepi lebuh raya ft

Tindakan seorang bapa meninggalkan anaknya berhampiran Plaza Tol Nilai, Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) mengundang padah apabila lelaki warga China itu ditahan polis, susulan rakaman insiden itu tular di media sosial.

Lebih sayu apabila rakaman itu memaparkan kanak-kanak berkenaan cuba mengejar kereta yang dinaiki dan cuba berpaut pada pintu belakang kenderaan itu, namun terjatuh ke atas jalan dan dikatakan mengalami luka beberapa anggota badan.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Johari Yahya berkata, susulan insiden terbabit, lelaki berusia 45 tahun itu ditahan di sebuah rumah di Jalan Cheras, Taman Pertama, Kuala Lumpur, kira-kira jam 12.15 tengah hari Selasa.

Bapa dakwa nak bagi pengajaran

Menurut Johari, suspek bersama keluarganya sedang dalam perjalanan dari Cheras menuju ke Pantai Bagan Lalang, Selangor bagi tujuan riadah melalui PLUS kira-kira jam 1 tengah hari.

“Ketika dalam perjalanan, mangsa yang merupakan anak sulung berusia 12 tahun dilaporkan bertengkar dengan adiknya. Pertengkaran itu menimbulkan kemarahan suspek sehingga dia memberhentikan kenderaan di bahu jalan lalu mengarahkan mangsa keluar.

“Suspek kemudian meninggalkan mangsa di lokasi terbabit dan meneruskan pemanduan kononnya bertujuan memberikan pengajaran kepada anaknya agar tidak mengulangi perbuatan tersebut,” katanya.

Screenshot 2026 11 11 112252

Bagaimanapun, ketika meneruskan perjalanan, suspek dikatakan ternampak mangsa terjatuh di atas jalan raya sebelum berpatah balik untuk mendapatkannya semula.

Kanak-kanak itu kemudiannya dibawa ke sebuah klinik swasta berhampiran Bandar Baru Nilai bagi mendapatkan rawatan. Kes kini disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Sumber: Berita Harian

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved