Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi kata dua kepada Kerajaan Perpaduan sama ada mendapatkan semula mandat rakyat menerusi Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) atau menyingkirkan UMNO secara rasmi daripada kerajaan.
Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, gesaan supaya UMNO tidak lagi menjadi sebahagian daripada Kerajaan Perpaduan perlu disusuli tindakan mengikut proses di Dewan Rakyat.
Beliau malah mencabar pihak yang mahu mengeluarkan UMNO daripada kerajaan supaya mengemukakan usul undi tidak percaya.
“Ada berani ke? Kalau berani buatlah cepat.”
Menurutnya, asas pembentukan Kerajaan Perpaduan pada ketika ini terdiri daripada 82 Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) dan 30 Ahli Parlimen UMNO, menjadikan keseluruhan 112 wakil rakyat.
Bagaimanapun, Ahmad Zahid turut menyentuh mengenai tiga Ahli Parlimen PKR yang disebutnya sudah keluar, iaitu Datuk Seri Rafizi Ramli, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Wong Chen.
View this post on Instagram
“Ingatlah kerjasama kita bentuk (Kerajaan Perpaduan) atas amanah kenegaraan dan mematuhi titah Yang di-Pertuan Agong,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penangguhan pada Perhimpunan Agung UMNO 2026 hari ini.
Kenyataan tersebut dibuat susulan desakan agar UMNO tidak lagi menjadi sebahagian daripada Kerajaan Perpaduan, dengan Ahmad Zahid menegaskan bahawa kedudukan parti dalam kerajaan perlu dilihat berdasarkan asas pembentukannya serta proses perlembagaan yang sewajarnya. – BERITA HARIAN
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Nahas Helikopter KKM: Bedah Siasat 5 Mangsa Selesai, Punca Kematian Didedahkan
The post “Nak Buang Dari Kerajaan Perpaduan? Ada Berani Ke? Kalau Berani Buatlah Cepat” – Zahid Hamidi first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.






