“Nak cepat punya pasal…” – Netizen Geli Hati Tengok ‘Posting’ Barang Rumah Untuk Dijual, Semua Blur Habis!

Entertainment
26 Jun 2022 • 1:06 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Selalunya kalau nak beli barang online, salah satu benda yang memainkan peranan untuk mempengaruhi orang untuk membeli adalah gambar produk yang digunakan. Kalau gambar pun macam tak jelas, susah lah kan barang tu nak dapat tuan baru, betul tak?

Baru-baru ini, satu posting oleh seorang pengguna laman sosial Facebook mendapat perhatian warganet selepas kerana gambar produk yang dikongsikan bersama teramatlah lain daripada yang lain.

Memetik sumber, posting yang dikongsikan seorang pengguna di sebuah grup Facebook bernama Penduduk Bandar Puteri Jaya Sungai Petani (PBPJSP) itu bertujuan untuk mencari tuan baru bagi beberapa barangan rumah.

Menurut posting berkenaan, pemiliknya bakal berpindah ke Australia susulan mendapat tawaran kerja disana. Jelasnya lagi, dia tidak akan kembali ke Malaysia lagi selepas ini jadi barangan di rumahnya mahu segera dijual.

Walaupun niat pengguna terbabit nampak polos, tetapi gambar barangan rumah yang dikongsikannya mendapat perhatian ramai susulan ia terlalu blur sehingga susah untuk menampakkan barangan mana yang sebenarnya hendak dijual.

“Sorry gambar tak cantik… sebab terlalu urgent sangat. Apa-apa inbox saya,” tulisnya.

Korang boleh tengok gambar-gambar tu kat bawah ni:

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

“Ambik gambar masa ribut ke, bang?” – netizen

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa geli hati melihat posting terbabit. Ada juga yang menasihati pengguna terbabit supaya menulis saja senarai barangan yang hendak dijual daripada memuat naik gambar yang sukar untuk dilihat dengan jelas barangannya.

“Rasanya dia ambik gambar ni masa tengah berlari-lari kot. Excited sangat nak ke luar negara,” tulis seorang netizen.

“Bang, kalau ya pun happy dapat kerja luar negara, pls tenangkan diri.. takyah nebess… aku nak pm pun ambik 2 jam nilai satu-satu gambar,” komen pengguna lain pula.

“Ambik gambar masa gempa bumi kot. Bergegor lain macam,” gurau yang lain pula.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.