“Nak jadi p*ndan ke?” – Netizen Berbalah Isu Produk ‘Make Up’ Untuk Lelaki

Entertainment
27 Jan 2023 • 5:53 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Tatarias dan solekan kini bukan sahaja untuk kaum Hawa, ramai lelaki juga memilih untuk bersolek lebih-lebih lagi mereka yang bekerja dalam bidang yang memerlukan fizikal serta rupa paras yang menarik.

Sebuah tweet telah menimbulkan perbalahan di antara netizen apabila ia menyatakan apakah fungsi produk solekan seperti foundation, bedak dan pelembab bibir yang khas untuk lelaki.

image is not available

Dalam tweet berkenaan, individu tersebut mempersoalkan mengapa lelaki perlu bersolek malah dia turut mempersoalkan adakah lelaki yang bersolek ini ingin menjadi lelaki yang ‘lembut’ (pondan).

Perkara itu menimbulkan perbalahan di antara netizen, ada yang bersetuju dengan kenyataan tersebut dan merasakan kaum Adam tidak perlu memakai sebarang solekan dan hanya perlu menjaga kebersihan diri.

image is not available

Pun begitu, rata-rata netizen tidak bersetuju dengan tweet berkenaan dan ramai yang menganggap solekan atau make up untuk lelaki ini lebih kepada menutup cela dan memberikan keyakinan yang lebih kepada seseorang lelaki itu.

Selain itu ada juga netizen yang berkongsi kisah dan pengalaman mereka memakai make up untuk acara tertentu.

image is not available

Pendapat korang macam mana pulak?

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.