Nak Juga Sedondon, Suami Gigih Cari Baju Sama Dengan Baju Hospital Isteri

28 Mar 2026 • 4:13 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Nak Juga Sedondon, Suami Gigih Cari Baju Sama Dengan Baju Hospital Isteri

Bila menyambut hari raya Aidilfitri, kebanyakan ahli keluarga akan memakai baju berwarna sedondon setiap tahun. Walaupun nampak remeh, namun warna yang sedondon sebenarnya melambangkan kebersamaan.

Justeru, ramai yang setiap tahun akan pening memilih warna tema untuk keluarga masing-masing.

"Bila nak dondon raya dengan bini dalam wad"

Bercakap mengenainya, baru-baru ini seorang pengguna TikTok @Cheahjamaluddin berkongsi momen raya sedondon bersama suaminya.

Bagaimanapun, sedondon yang dimaksudkan agak berbeza sedikit kerana wanita itu sebenarnya berada di hospital untuk melahirkan anak.

Jadi, suaminya membeli baju seakan bajunya di hospital yang berwarna merah jambu.

"Dia buat hal guys. Adoi letihlah dia kata masih raya kan boleh dondon, penat gelak dari tadi," katanya.

Menerusi video itu, Cheah dilihat terhibur melihat suaminya sejurus selepas masuk ke dalam wad.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang turut terhibur melihat gelagat suaminya itu.

"Seorang wanita bahagia, semua wanita tumpang bahagia. Semoga awak cepat sembuh dan bahagia sampai syurga. Aamin

"Nampak mcm benda kecik, tapi sangat sweet bagi bini happy"

"Misi....tolong fokus betul-betul, takut salah check perut"

"Jangan buat misi confuse nak cek jalan ye encik"

"Seronoknya suami macam ni jenis hiburkan isteri"

Sehingga kini video tersebut telah mendapat sebanyak 1.1 juta tontonan.