Nak Lindungi Privasi? Guna Cara Ini Untuk "Blur" Rumah Anda Di Google Maps

TechnologyLifestyle
12 Apr 2026 • 11:16 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Nak Lindungi Privasi? Guna Cara Ini Untuk "Blur" Rumah Anda Di Google Maps

Dalam era digital hari ini, ramai yang tidak sedar rumah kita boleh dilihat dengan jelas melalui Google Maps, khususnya melalui ciri Street View.

Kadang-kadang kita akan perasan ada rumah yang kelihatan kabur atau “blur” dalam paparan tersebut.

Sebenarnya, itu bukan berlaku secara random, namun ia adalah hasil permintaan daripada pemilik rumah sendiri untuk tujuan keselamatan dan privasi.

Ramai orang tidak tahu bahawa Google menyediakan pilihan untuk memohon supaya rumah mereka diblur daripada paparan Street View.

Langkah ini sangat berguna terutama bagi mereka yang bimbang tentang keselamatan keluarga, risiko pencerobohan atau ingin menjaga privasi kediaman daripada tontonan umum di internet.

Ini langkah mudah untuk menjaga privasi rumah anda di Google Maps

Menerusi hantaran @isasulaimanx di Threads, pertama sekali, buka aplikasi atau laman Google Maps. Kemudian, cari alamat rumah anda terlebih dahulu dan masuk ke paparan Street View.

Apabila sudah berada di paparan Street View rumah anda, cari ikon tiga titik di bahagian skrin.

Klik pada pilihan tersebut dan pilih “Report a problem”. Seterusnya, tekan “Request blurring” dan pilih jenis permohonan yang disediakan.

Sebelum menghantar permohonan, anda perlu memasukkan alamat e-mel terlebih dahulu untuk tujuan pengesahan dan komunikasi.

image is not available

Selepas permohonan dihantar, Google akan menyemak serta memproses permintaan tersebut sebelum tindakan lanjut diambil.

Menurut @isasulaimanx, ada satu perkara penting yang perlu diingat. Setelah rumah anda diblur di Google Maps, ia tidak boleh dikembalikan kepada paparan asal atau “unblur”.

Jadi, keputusan ini perlu dibuat dengan teliti sebelum membuat permohonan.

image is not available

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna Threads mengucapkan terima kasih atas perkongsian maklumat tersebut.

Dalam masa yang sama, terdapat juga pelbagai andaian yang dibuat apabila melihat rumah yang dikaburkan di Google Maps.

Ada yang mengaitkannya dengan kisah-kisah menyeramkan, malah tidak kurang juga yang beranggapan rumah berkenaan pernah menjadi lokasi kejadian jenayah pada masa lalu sehingga menyebabkan imejnya dikaburkan oleh pihak tertentu.

Baca juga: