Nak Pergi Bercuti Naik Kapal Terbang? Ini Syarat Yang Perlu Dipatuhi Kalau Nak Bawa Bagasi Naik Kabin

LocalTravel
18 Nov 2024 • 11:53 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Menerusi aplikasi X, seorang individu berkongsi bahawa beberapa syarikat penerbangan antaranya Air Asia, mempunyai syarat yang agak ketat jika ingin membawa bagasi naik ke kabin.

Menerusi hantaran tersebut, dia telah berkongsi beberapa syarat yang perlu diketahui sebelum menaiki pesawat Air Asia.

Syarat untuk bawa bagasi naik ke kabin.

Pertama, satu orang terhad kepada satu bagasi sahaja.

image is not available

Kedua, jika membawa satu beg bersaiz 20 inci, beg kedua mestilah beg tangan wanita atau beg silang lelaki, namun jumlah berat kedua-dua beg itu hanya dibenarkan sehingga 7kg. Jika gabungan berat kedua-duanya melebihi 7kg, caj tambahan akan dikenakan.

image is not available

Ketiga, jika mahu membawa bagasi naik ke kabin, ukurannya tidak boleh melebihi saiz 20 inci. Jika melebihi ukuran tersebut, bagasi itu perlu di’check in’.

56cm (H) x 36cm (W) x 23cm (D) merupakan ukuran yang perlu dipatuhi jika ingin bawa bagasi naik ke kabin.

image is not available

Menurutnya, bagasi yang bersaiz 20 inci ini hanya sesuai untuk 3-4 hari and perjalanan dalam Malaysia sahaja.

image is not available 5 days ago

Ada 'Plan' Nak Bercuti Di Jepun? Ini 5 Hotel Di Jepun Dengan Pemandangan Gunung Fuji

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved