“Nak Petik Muka Macam Larva Tak Apa, Tapi Jangan…” – Sharnaaz Ahmad ‘Berang’ Netizen Sentuh Isu Jambang

1 Dec 2023 • 3:43 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pelakon Sharnaaz Ahmad menitipkan pesanan khas kepada netizen gara-gara isu jambang yang terpalit dengan kisah pensohor media sosial berkahwin dua baru-baru ini.

Kata Sharnaaz di TikTok, dia tidak kisah jika wajah pensohor media sosial itu disamakan dengan satu animasi iaitu larva kuning.

Namun, jangan ‘disentuh’ soal jambang kerana menurutnya seluruh persatuan jambang akan mengambil tindakan jika masuh ‘dipetik’.

Hi assalamualaikum. Dengar sini. Kalau nak petik muka macam larva, tak ada masalah. Tapi jangan petik pasal jambang tau. Seluruh persatuan jambang akan mengambil tindakan!

Terdahulu, rata-rata netizen menyamakan wajah pensohor media sosial kontroversi itu dengan larva kuning setelah disunting dengan jambang dan topi.

Pensohor media sosial itu sebelum ini dilaporkan telah mengumumkan bahawa dia bernikah kali kedua bersama seorang wanita di luar pengetahuan isterinya yang juga ‘influencer’ dan usahawan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 3 days ago

"Dia Sangat Memahami.." - Nabila Razali Dedah Suami Sarankan Masuk Banyak Kelas Nyanyian