Nak Rumah Nampak Luas? Ikuti Tujuh Tips Deko Ini, Sesuai Untuk Kediaman Bertingkat

Home & Living
19 Sep 2025 • 5:58 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu

Seperti yang anda tahu, kawasan bandar terkenal dengan kediaman bertingkat seperti pangsapuri atau kondominium. Namun jika dibandingkan dengan rumah bertanah yang mempunyai lot, ia adalah lebih kecil.

Antara cabaran yang dilalui oleh sesetengah penghuni pangsapuri misalnya adalah kediaman terasa sempit. Lebih-lebih lagi dengan jumlah barangan yang banyak. Nak sumbat dekat mana pun tak tahu.

Kadangkala, ruangan kecil itu juga membuatkan anda rimas selain tidak selesa untuk berehat. Bak kata orang, semak mata memandang.

Tujuh Tips Anda Boleh Cuba Agar Ruang Kediaman Kelihatan Lebih Luas & Teratur

Pun begitu, usah risau. Terdapat banyak cara yang boleh dilakukan bagi memastikan ruangan rumah kelihatan lebih besar daripada sedia ada. Apa yang diperlukan hanyalah sedikit kreativiti dan tips hiasan praktikal.

#1. Guna Perabot Multifungsi

Tips yang pertama adalah menggunakan perabot rumah yang mempunyai pelbagai fungsi dalam satu masa yang sama. Sebagai contoh:

  • Katil stor: Mempunyai laci di bahagian bawah untuk menyimpan barangan.
  • Meja kopi lipat: Boleh dijadikan meja makan apabila diperlukan dan disimpan selepas habis menggunakannya.
  • Kerusi stor: Bahagian duduk yang boleh dibuka untuk simpan barang.

image is not available
Sumber: Amazon

Bukan itu sahaja, banyak juga reka bentuk sofa kini yang tersedia dengan laci tersorok di bahagian bawah. Malah anda juga boleh memasang meja makan yang boleh dilipat ke dinding.

Tips ini penting bagi mengurangkan jumlah perabot yang anda ada di dalam ruangan kecil sekaligus membuatkan kediaman kelihatan lebih luas.

image is not available
Sumber: DeCasa Collection

#2. Pilih Warna & Pencahayaan Yang Sesuai

Warna dan pencahayaan memainkan peranan penting dalam persepsi ruang. Berikut kami kongsikan warna yang sesuai digunakan untuk rumah kecil:

  • Putih dan neutral (tidak terlalu terang atau dominan): Memberi kesan lapang.
  • Pastel (biru langit, hijau mint): Memberi kesan menenangkan.

Untuk info, warna gelap seperti coklat atau hitam akan membuatkan bilik nampak lebih kecil.

image is not available
Sumber: Pexels

Teknik pencahayaan yang perlu dipraktikkan pula adalah seperti:

  • Gunakan lampu LED untuk ilustrasi terang semula jadi.
  • Lampu sorot (spotlight) sesuai diletakkan pada siling agar rumah kelihatan lebih tinggi.
  • Lampu lantai atau lampu dinding untuk meningkatkan pencahayaan di rumah.

Selain itu, anda juga boleh menggunakan tirai lut sinar bagi membenarkan cahaya matahari masuk terus ke dalam rumah tanpa halangan.

image is not available
Sumber: Pexels

#3. Manfaatkan Setiap Ruangan Dinding

Antara cabaran utama bagi rumah kecil adalah kekurangan ruangan untuk meletakkan sesuatu benda. Perkara yang anda boleh lakukan bagi menyelesaikan masalah tersebut adalah menggunakan setiap dinding sebagai stor tambahan.

Cara mudah adalah menggantung rak pada dinding untuk penyimpanan buku. Kabinet tinggi pula boleh diguna untuk meletakkan barangan yang jarang digunakan.

image is not available
Sumber: Instructables

Sementara itu, hook dan pegboard bagi menggantung alatan atau perkakas memasak seperti periuk, kuali, sudip dan sebagainya.

#4. Konsep Ruang Terbuka (Open-concept)

Open-concept dilihat semakin popular di kalangan masyarakat kini yang mana reka bentuk rumah luas tanpa dinding atau sebarang pemisah dari satu ruang ke ruang yang lain.

image is not available
Sumber: Pinterest

Selain kediaman yang nampak lebih besar, ahli keluarga atau tetamu di rumah juga senang berinteraksi. Dalam masa sama pencahayaan semula jadi dari tingkap boleh sampai ke seluruh ruang.

Contoh mudah adalah dengan menggabungkan bahagian dapur dan ruang tamu. Hanya menggunakan ‘island counter’ sahaja sebagai pembahagi kecil.

Jika anda sukakan privasi, gunakan pembahagi kaca atau rak buku.

image is not available
Sumber: Jessica Nelson Design

#5. Guna Banyak Cermin & Elemen Reflektif

Selain untuk berdandan dan ber-OOTD, cermin sebernarnya memainkan peranan penting bagi membuatkan ruangan kecil kelihatan lebih besar.

Cermin berfungsi untuk memantulkan cahaya sekaligus menyebabkan bilik lapang dan terang. Berikut adalah cadangan bagi meletakkan cermin anda:

  • Dinding penuh: Cermin besar di ruangan tamu atau bilik tidur.
  • Cermin di belakang perabot: Letak di belakang sofa atau katil.
  • Cermin berdekatan dengan tingkap: Memantulkan lebih banyak cahaya matahari semula jadi.

image is not available
Sumber: Pexels

Mungkin ada juga di antara anda yang tidak memahami apa yang dimaksudkan dengan elemen reflektif. Ia sebenarnya adalah deko yang boleh memantulkan pencahayaan, lebih kurang sama seperti cermin.

Antara barangan yang boleh digunakan adalah perabot berkilat (meja kaca atau kabinet lacquer) dan aksen logam seperti bingkai cermin emas.

image is not available
Sumber: Brisbane Mirror Shop

#6. Kurangkan Barangan Di Rumah

Tips seterusnya adalah memastikan rumah anda berada dalam keadaan minimalis. Ingat, bukan semua barangan di rumah diperlukan untuk masa hadapan. Barang yang jarang digunakan itu hanya akan memenuhkan ruangan sempit.

Perbuatan declutter (buang atau basmi barang berlebihan) mampu membuatkan ruang kelihatan lebih lapang dan mudah untuk dibersihkan.

image is not available
Sumber: Pexels

Contoh barangan yang boleh dikurangkan adalah pakaian lama, perkakas dapur jarang digunakan atau dekorasi tambahan.

#7. Reka Bentuk Custom

Mungkin ruangan atau rumah kecil anda itu kurang sesuai dan boleh diluaskan lagi. Oleh disebabkan itu, melakukan reka bentuk khusus (custom-built) adalah penyelesaian yang terbaik.

Antara kebaikan perabot ruangan atau perabot custom adalah:

  • Tepat mengikut ukuran.
  • Mempunyai fungsi khusus dan tidak terbazir.
  • Unik dan personal yang mana orang lain tidak mempunyai rekaan sama.

image is not available
Sumber: Qhomemart

Namun perlu diingatkan ia memerlukan anda mengeluarkan sedikit kos. Contoh anggaran kos adalah seperti di bawah:

  • Katil dengan laci: RM800-RM1,500
  • Meja lipat dengan dinding: RM300-RM600

Jika anda mempunyai bajet terhad, solusi lain adalah dengan DIY sahaja dengan panduan pakar atau YouTube.

Source: