Nak Tong-tong Duit Dengan Member Atau Bayarkan Dahulu Tapi Takut Mereka Lupa? Guna App Ni Je

Personal FinanceLifestyle
3 Sep 2026 • 5:29 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Anda pernah tak berdepan dengan masalah rakan-rakan yang sangat susah untuk membayar hutang atau malu nak kutip duit balik selepas dahulukan sesuatu pembayaran?

Kadangkala kawan tu bukannya sengaja tidak mahu membayar, tetapi di penghujung hari, mereka terlupa, terlepas atau tidak ingat jumlah wang yang sepatutnya dibayar semula kepada individu yang mendahulukan pembayaran.

Puncanya? Sebab tidak mencatat atau rekod setiap perbelanjaan sama ada ketika berjalan-jalan, melancong dan sebagainya.

Satu lagi alasan popular adalah “weh resit aku dah hilang.”

via GIPHY

Splitwise Boleh Digunakan Untuk Kenal Pasti ‘Siapa Bayar Apa & Siapa Hutang Siapa’

Namun usah risau, zaman pun semakin moden, banyak sahaja aplikasi yang dapat membantu anda merekod, menjejak perbelanjaan dan mengira secara automatik hutang seseorang itu.

Buat mereka yang selalu dahulukan duit ketika keluar berjalan, anda boleh muat turun aplikasi Splitwise.

Image from: Nak Tong-tong Duit Dengan Member Atau Bayarkan Dahulu Tapi Takut Mereka Lupa? Guna App Ni Je

Bukan sahaja untuk tujuan berjalan, aplikasi ini juga boleh digunakan dengan kenalan atau ahli keluarga yang berkongsi komitmen bersama. Sebagai contoh, bahagi dua untuk membayar bil utiliti, sewa rumah, dan lain-lain.

Dalam erti kata mudah dengan menggunakan Splitwise, anda boleh mengetahui ‘siapa bayar apa dan siapa berhutang dengan siapa’.

Splitwise Akan Kira Jumlah Keseluruhan Perbelanjaan & Bahagikan Sama Rata Antara Ahli Kumpulan

Di bawah kami berikan contoh situasi kalau anda bercuti secara berkumpulan

  • Wani bayar hotel RM400
  • Zulaikha bayar duit makan RM180
  • Nurin bayar petrol RM100
  • Ammirah bayar snek kedai serbaneka RM45

Dengan menggunakan aplikasi ini, ia akan membantu mengira baki yang perlu dibayar oleh setiap individu bagi memastikan setiap jumlah dibayar adalah sama rata. Tiada yang terlebih, tiada yang terkurang.

Baca Artikel Berkaitan: Zalim Kalau Mampu Bayar Hutang Tapi Sengaja Tangguh – Ustaz Wadi Annuar

Ini Cara Menggunakan Splitwise

Buat anda yang tertanya-tanya, berikut kami kongsikan pula cara-cara menggunakan aplikasi Splitwise:

  1. Daftar sebagai pengguna baharu pada aplikasi Splitwise yang sudah dimuat turun melalui Google Play atau App Store atau menerusi pautan [DI SINI].
  2. Pergi ke bahagian ‘Group’ dan tubuhkan kumpulan baharu dengan menekan ‘Create Group’ di bahagian atas sebelah kanan. Tetapkan nama kumpulan, gambar dan tujuan group tersebut ditubuhkan sama ada untuk melancong, urusan rumah, perbelanjaan pasangan dan sebagainya.

3. Selepas tubuhkan group, jemput atau invite rakan-rakan atau ahli kumpulan yang turut serta dalam pembahagian perbelanjaan. Bukan sahaja orang yang mendahulukan pembayaran tetapi juga orang yang berhutang. (Pastikan semua mempunyai dan daftar akaun Splitwise)

4. Sekiranya perbelanjaan hanyalah sedikit atau tidak memerlukan transaksi yang banyak, anda tidak perlu menubuhkan group sebaliknya menggunakan fungsi ‘Non-group expenses’. Sebagai contoh, hanya untuk bayar duit makan tengah hari.

5. Kemudian, mula rekodkan perbelanjaan anda di ruangan ‘Add expenses’. Letak jumlah bayaran, siapa yang dahulukan pembayaran, dan juga tetapkan sama ada transaksi itu mahu dibahagi sama rata antara semua ahli kumpulan atau pun sebaliknya.

6. Selepas itu, Splitwise akan secara automatik mengira jumlah yang perlu dibayar oleh setiap ahli kumpulan.

7. Selepas membayar hutang kepada rakan anda menerusi bank masing-masing, anda perlu menekan butang Settle up. Kemudian selesai!

NOTA: Namun perlu diingatkan Splitwise tidak membenarkan pengguna untuk melangsaikan hutang dan membuat transaksi secara langsung menerusi aplikasi tersebut. Ia hanyalah medium untuk merekod siapa yang sudah bayar atau jumlah hutang yang tertunggak.

Nasihat penulis yang sudah menggunakan aplikasi ini sendiri ketika melancong dengan rakan-rakan, terus rekodkan perbelanjaan dalam Splitwise sejurus melakukan pembayaran untuk elakkan masalah terlupa atau terlepas pandang.

Kebaikan Splitwise Untuk Rekod Setiap Perbelanjaan

Manfaat yang anda boleh lihat selepas menggunakan Splitwise adalah:

  • Mudah bahagikan bil sesama ahli keluarga, rakan atau kenalan
  • Elak salah faham kerana mempunyai bukti jumlah hutang dan dengan siapa hutang itu perlu dilangsaikan
  • Jimat masa kerana tidak perlu mengira secara manual menggunakan kalkulator masing-masing
  • Sesuai untuk mengenal pasti perbelanjaan bagi perjalanan berkumpulan
  • Bantu kurangkan jumlah transaksi dengan mengira hutang bersih antara ahli kumpulan

Selepas ini, harap tiada lagi masalah terasa hati atau geram apabila rakan atau ahli keluarga berhutang. Kalau dah tunggu hutang terlampau lama, terus tunjuk Splitwise dan tuntut wang masing-masing.

Selamat mencuba!

Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Luah Penat Ada Kawan Yang Suka Pinjam Duit Tapi Tak Bayar Balik Buat Ramai Boleh ‘Relate’

Baca Artikel Berkaitan: ‘Kawan Dari Neraka’ – Wanita Disantau Gara-Gara Tuntut Hutang Daripada Rakan Sendiri [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Asyik Kena Palau, Akhirnya Berjaya Tagih Hutang Lepas Kongsi Gambar Bomoh Siam Pada Rakan

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved