Kalau duduk sahaja duit keluar juga, eloklah berniaga – Amir Raja Lawak

LocalBusiness & Finance
27 Aug 2026 • 1:00 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Kalau duduk sahaja duit keluar juga, eloklah berniaga – Amir Raja Lawak

PETALING JAYA: Pelakon dan pelawak, Amir Raja Lawak, menyokong tindakan rakan-rakan artis membuka perniagaan sendiri memandangkan tawaran kerja dalam industri tidak sentiasa ada.

Amir atau Mohammad Amirullah Azmi, 37, berkata, jadual penggambaran yang ada kalanya lapang berminggu-minggu perlu dimanfaatkan sebaiknya untuk mencari pendapatan sampingan.

“Untuk artis yang berniaga ini memang saya sangat sokong sebab kerjaya artis bukannya ada kerja hari-hari. Kadang-kadang dalam sebulan itu hanya seminggu sahaja waktu bekerja, jadinya banyak hari yang kosong tanpa kerja.

“Duduk sahaja pun nanti duit keluar juga. Baguslah artis-artis ini isi masa terluang dengan berniaga, boleh juga berjumpa dengan peminat yang menjadi pelanggan kita,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Amir berkongsi perkara itu berikutan ramai rakan artis yang kini semakin aktif membuka perniagaan mereka sendiri.

Dalam pada itu, Amir menasihati rakan-rakan artis supaya memilih jenis perniagaan yang mudah diuruskan agar tidak mengganggu kerjaya hakiki mereka.

Katanya, status sebagai artis dan selebriti memberikan kelebihan dari segi publisiti yang sepatutnya dimanfaatkan sebaik mungkin.

“Cari perniagaan yang kita senang urus dan dekat dengan tempat kerja atau tempat penggambaran. Nanti, penggambaran boleh buat dan perniagaan pun boleh berjalan. Lagipun, nama kita sudah ada.

“Dalam perniagaan ini, disamping layanan baik kepada pelanggan, kualiti barang kena jaga dan nama juga penting. Jadinya nama sudah ada, teruskan sahaja berniaga.

“Festival makanan banyak sekarang ini. Ada juga artis sendiri yang buat festival makanan itu. Rajin-rajinlah sertai, InsyaAllah ada rezeki Allah akan bagi kepada orang yang berusaha,” katanya.

Untuk rekod, Amir pernah dicalonkan dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-37 bagi kategori Artis Komedi Popular pada tahun 2025. -UTUSAN

The post Kalau duduk sahaja duit keluar juga, eloklah berniaga – Amir Raja Lawak appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved