Nama Dan Logo PKR Sudah Tiada Di Laman Sesawang Liberal International

Politics
5 Nov 2023 • 5:16 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Nama Dan Logo PKR Sudah Tiada Di Laman Sesawang Liberal International

KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) — Nama dan logo PKR sudah dikeluarkan daripada laman sesawang Liberal International, sebuah organisasi berdaftar yang berpangkalan di London.

Semakan terkini di laman sesawang organisasi itu mendapati nama dan logo PKR yang sebelum ini tersenarai bersama beberapa parti atau pertubuhan lain bagi negara-negara Asia sudah tiada.

Setakat 3.40 petang ini, hanya tujuh parti atau pertubuhan membabitkan Asia masih berada dalam senarai di laman sesawang Liberal International.

Semalam, Ketua Penerangan PKR Fahmi Fadzil berkata beliau telah berhubung dengan pihak Liberal International untuk meminta supaya nama dan logo parti itu dikeluarkan daripada laman sesawang organisasi berkenaan.

Menurut Menteri Komunikasi dan Digital itu, PKR tidak pernah menjadi ahli pertubuhan antarabangsa tersebut.

Sebelum ini, Fahmi berkata sejak beliau memegang jawatan dalam PKR pada 2013 termasuk sebagai Pengarah Komunikasi dan Ahli Biro Politik dalam Majlis Pimpinan Pusat, PKR tidak pernah mengadakan sebarang perbincangan mengenai keanggotaan parti itu dalam Liberal International.

Secara lazimnya, beliau berkata apabila sesebuah badan menjadi ahli kepada mana-mana organisasi, mereka akan dijemput untuk menghadiri mesyuarat agung tahunan sebagai syarat keanggotaan, namun PKR tidak pernah terlibat.

Fahmi berkata Anwar juga pernah menjelaskan berkenaan perkara itu pada tahun 2020 selepas timbulnya dakwaan yang mengaitkan PKR dengan organisasi tersebut.

Sumber: BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved