X Akan Mula Menjual Akaun-Akaun Yang Tidak Lagi Aktif

TechnologyDigital
5 Nov 2023 • 7:59 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Anda mahukan nama akaun yang bagus di X tetapi ia telah diambil orang? Kelak anda mungkin boleh memiliki nama akaun tertentu sekiranya ia tidak lagi aktif. Menurut laporan Forbes, X sedang membangunkan ruang jual beli untuk akaun-akaun yang tidak lagi aktif selepas didaftarkan. Emel sudah mula dihantar kepada pihak yang mungkin berminat dengan bayaran $50,000 dikenakan untuk membeli akaun tertentu.

image is not available

Sebelum ini Elon Musk pernah dipetik berkata akan memadam 1.5 bilion akaun-akaun yang tidak lagi aktif. Menurut beliau ini adalah bagi memerangi akaun spam dan bot. Tidak aktif menurut X ialah akaun yang tidak dilog masuk lebih daripada 30 hari. Sekiranya anda mempunyai akaun X yang sudah lama tidak dilog masuk sila lakukannya sekarang supaya ia tidak dijual oleh X secara mengejut.

Ini dilihat sebagai satu lagi cara untuk X menjadi pendapatan yang semakin merosot selepas setahun diambil alih oleh Musk. Hanya dua minggu lalu mereka memperkenalkan dua pelan baharu untuk X Premium dan sebelum ini mengenakan bayaran $1 untuk akaun-akaun baharu di New Zealand dan Filipina.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved