Polis tahan suspek samun gelang emas warga emas

12 Aug 2026 • 8:39 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Polis tahan suspek samun gelang emas warga emas

TELUK INTAN: Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes samun bersenjatakan parang terhadap seorang wanita warga emas di Langkap pada 3 Ogos lalu.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Chua Kok Lian berkata, suspek warga tempatan berusia 32 tahun itu ditahan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak kira-kira pukul 2.30 pagi semalam di Slim River.

Katanya, dalam kejadian kira-kira pukul 4 pagi itu, mangsa didatangi seorang lelaki tidak dikenali yang bersenjatakan parang.

“Suspek dipercayai merampas seutas gelang tangan emas yang dipakai mangsa sehingga menyebabkan wanita itu mengalami kecederaan.

“Kerugian akibat kejadian tersebut dianggarkan kira-kira RM6,000,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, susulan laporan yang dibuat mangsa pada 3 Ogos lalu, polis menjalankan siasatan dan risikan sebelum berjaya menahan suspek di Slim River.

Katanya, polis turut menemui dan merampas semula seutas gelang tangan emas yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes berkenaan ketika tangkapan dilakukan

“Suspek direman selama tujuh hari sehingga 17 Ogos ini bagi membantu melengkapkan siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan ketika melakukan rompakan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda atau sebat,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menasihatkan orang ramai khususnya penghuni kediaman supaya meningkatkan aspek keselamatan rumah terutama pada waktu malam dan awal pagi.

“Pastikan pintu, tingkap dan laluan masuk dikunci dengan sempurna serta elakkan menyimpan wang tunai atau barangan berharga dalam jumlah yang besar di rumah,” katanya.-UTUSAN

The post Polis tahan suspek samun gelang emas warga emas appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved