“Nampak kecil tapi..” – Doktor Perjelas Kesan Tembakan Peluru, Boleh ‘Hancurkan’ Organ Dalaman?

Entertainment
16 Apr 2024 • 12:48 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Baru-baru ini, Malaysia dikejutkan dengan kes tembakan yang berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang mengakibatkan seorang individu cedera parah sehingga terpaksa ditidurkan.

Pun begitu, dalam banyak kes tembakan yang dilaporkan sebelum ini, pasti ada antara kita yang mungkin tertanya-tanya bagaimana peluru senjata api yang bersaiz kecil boleh menyebabkan kecederaan parah kepada mangsa.

Saiz peluru kecil boleh rosakkan organ dalaman?

Seorang doktor yang dikenali sebagai Dr Alpha Zaki melalui TikTok miliknya tampil menjelaskan kesan buruk sekiranya seseorang itu terkena kesan tembakan di anggota badan.

Dia juga menceritakan bagaimana doktor perubatan mengesan terlebih dahulu luka peluru yang terkena pada badan mangsa.

Kita akan cari dulu entry wound (luka masuk) dan exit wound (luka keluar). Kalau kita tak jumpa exit wound maksudnya peluru tu masih dalam badan mangsa. Kalau ada exit wound, maksudnya peluru tu dah terkeluar daripada badan.. terserah kepada pihak berkuasa untuk cari bukti tembakan tu.

Walaupun entry wound nampak kecil dan kesan pada badan mangsa tidaklah begitu serius, sebenarnya organ dalaman berisiko untuk rosak dan hancur.

Sebab peluru bila dia masuk dalam badan kita, dia berputar dan akan merosakkan organ dalaman. Contoh, bila terkena pada perut.. usus biasanya akan hancur dan pecah sebab peluru tu berputar dan panas.

@alepza11

Semoga saspek diberkas secepat mungkin. Terbaik @PDRMsiaOfficial respon yang cepat. #dralphazaki

♬ original sound – Alpha Zaki – Alpha Zaki

Pernah dapat kes tembakan, tulang & usus mangsa hancur

Dia turut berkongsi pengalamannya merawat pesakit yang terkena tembakan pada kaki dan perut. Katanya, entry wound pada betis dan perut mangsa tidak begitu serius tetapi kesan dalam badan menjadi hancur.

Peluru bukannya bersih.. sebelum polis guna dia takde cuci bagi bersih.. peluru tu kotor, berminyak. So, tulang tu memang hancur sampai otot koyak teruk. Kena masuk besi bagi kaki tu straight balik.

Dekat perut pula, takyah buat x-ray terus masuk bilik bedah. Dekat belakang badan nampak kecil je entry wound kecil daripada duit 10 sen tapi usus dan perut memang koyak teruk.

Selain itu, kesan tembakan juga bergantung kepada jenis senjata yang digunakan. Jika menggunakan senapang dan peluru jenis yang berputar laju maka kecederaan juga akan menjadi lebih serius.

Kita memang kena buka dan tengok trajectory of the wound (lintasan luka) dan kecederaan lain yang terjadi. Contohnya, usus bocor, salur darah utama pecah, hati pecah dan sebagainya. Sebab kita tak tahu macam mana peluru tu dah berputar dalam badan.

Di ruangan komen, rata-rata netizen terpegun mendengar penjelasan daripada Dr Alpha Zaki.

image is not available image is not available

Teruk juga kesan tembakan ni..

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.