Penampilan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika menziarahi pusara isterinya, Allahyarham Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali di Putrajaya hari ini mencuri perhatian orang ramai.
Menerusi perkongsian Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Dr. Radzi Jidin di aplikasi Threads, Tun Mahathir dilihat berkerusi roda ketika berada di sisi pusara Allahyarham Tun Siti Hasmah.
AdvertisementBeliau turut ditemani beberapa individu ketika kunjungan tersebut.
Tun Mahathir Ucap Terima Kasih Kepada Yang Hadir
Dalam rakaman yang dikongsikan, Tun Mahathir turut mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang hadir menziarahi pusara isterinya.
“Terima kasih kepada semua yang hadir ziarah kubur Hasmah,” katanya ringkas.
Perkongsian tersebut kemudiannya mendapat perhatian pengguna media sosial yang rata-rata meluahkan rasa lega melihat keadaan Tun Mahathir.
Netizen Perasan Penampilan Tun M Makin Berseri
Sebahagian pengguna media sosial menyifatkan penampilan Tun Mahathir ketika kunjungan itu kelihatan lebih kemas dan berseri berbanding sebelum ini.
“Alhamdulillah, nampak Tun semakin rapi. Semoga Tun diberi kekuatan dan kesihatan yang baik serta sentiasa dalam rahmat Allah SWT,” kata seorang pengguna.
“Alhamdulillah, nampak Tun M dah makin sihat. Wajah sugul dah tak ketara macam awal-awal hari itu. Moga Tun M sihat selalu,” komen seorang lagi pengguna.
Seorang pengguna turut menyifatkan Tun Mahathir kelihatan kembali berseri seperti dahulu.
Kunjungan Ke Pusara Tun Siti Hasmah Undang Sebak
Dalam pada itu, ada juga pengguna media sosial yang tersentuh melihat kunjungan Tun Mahathir ke pusara isterinya.
View this post on Instagram
“Setiap hari ke Tun ziarah kubur? Mesti rindu sangat,” soal seorang netizen.
Tun Dr. Siti Hasmah meninggal dunia pada usia 100 tahun di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur pada 28 September lalu.
Allahyarham diberikan penghormatan untuk dikebumikan mengikut Istiadat Pengebumian Pembesar Negara.
Jenazah Tun Dr. Siti Hasmah kemudian dikebumikan di Pusara Negara, Presint 20, Putrajaya pada hari sama.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

“Terima Kasih” – Tun Dr Mahathir Mohamad Hargai Doa Dan Bantuan Selepas Pemergian Tun Dr Hasmah
The post “Nampak Lebih Kemas Dan Sihat” – Rajin Bertegur Sapa Dengan Rakyat, Keadaan Terkini Tun M Buat Ramai Lega first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.



![[VIDEO] ‘Alhamdulillah Tun M nampak kemas, makin sihat’](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/10/Tun-M-1024x766.jpeg)


