
PETALING JAYA – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menarik perhatian apabila kelihatan sihat ketika menunaikan solat Jumaat di Masjid Negara, Kuala Lumpur, hari ini.
Menerusi perkongsian pengguna Threads, @Hapipah_zainudin yang memuat naik gambar paparan siaran langsung solat Jumaat TV1, Tun Mahathir, 101, dilihat duduk di kerusi rodanya sambil mengenakan baju pejabat yang selalu digunakan lengkap bersongkok hitam.
Penampilan itu mencuri perhatian selepas hampir empat minggu pemergian isteri tercinta, Allahyarham Tun Dr. Hasmah Mohamad Ali, yang meninggal dunia pada 28 September lalu.
Penampilannya turut mengundang reaksi positif dalam kalangan netizen yang meluahkan rasa syukur melihat beliau hadir ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat.
“Syukur nampak Tun dah ke masjid, solat Jumaat harini. Alhamdulillah,” komen seorang pengguna media sosial.
“Alhamdulillah, comel lah Tun,” kata msnuraaz.z.
“Tun M always (sentiasa) segak,” tulis wanny_azizan95.
“Ya Allah. Berikanlah kesihatan yg baik kepada pemimpin kesayangan kami. Lindungilah dia sepanjang usia,” komen seorang lagi pengguna.
Rata-rata komen tersebut memperlihatkan perhatian netizen terhadap penampilan Tun Mahathir serta mendoakan agar beliau sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik. – KOSMO! ONLINE
The post ‘Syukur nampak sihat Tun M kembali ke Masjid Negara’ appeared first on Kosmo Online.






